Dari Kampung Wai yang tak dapat nak tengok sunset tu...kami ke Pulau Ketam untuk makan malam. Dalam perjalanan nampak burung bangau dalam sawah. Tengah mencari ikan la kot atau rezeki lain di dalam sawah.
Kali ni kami dapat menyaksikan sunset di Pulau Ketam bertemankan pokok bakau yang tinggal ranting je ni.
Kami nak makan kat Cik Eira Seafood ni. Cantik kedainya. Masa kami pergi sebelum ni...tumpang ambik gambar ajer. Post di sini
Tempat makan ada kat atas jugak tapi masa ni hujan.
Kami duduk kat meja berpayung.
Seleksi menu di Cik Eira Seafood.
Cashier dia macam ala ala dekat tempat yang ada surfing tu macam Hawaii....
Ada juga tempat bersantai kat sini. Cantik betul latarbelakang sunset ni.
Bergambar dengan Hammock pulak. Ye lah ambil gambar la selagi makanan tak tiba.
Maggi ketam dan telur goreng pilihan saya.
Dania pilih Maggi udang.
Hubby nasi goreng sotong.
Air pula teh tarik untuk hubby, teh o suam untuk saya dan air laici untuk Dania.
Ada props surfing board depan Cik Eira Seafood.
Disebabkan hujan, bahagian atas ni sepi la.
So far tempat ni sangat la cantik. Deretan kedai makan kat Pulau Ketam ni banyak. Pilih je nak makan kat mana....cumanya Cik Eira Seafood ni paling besar dan cantik la bagi saya. Ianya pun terletak paling tepi. Rasa makanan pun bagi saya kena dengan tekak. Sedap la.
Cik Eira Seafood
Jalan Persisiran Pantai, Pulau Ketam, 02000 Kuala Perlis, Perlis
Tutup : Selasa
Isnin, Rabu, Khamis - 3 petang - 8.30 malam
Jumaat, Sabtu, Ahad - 2 petang - 8.30 malam
Kena tengok betul-betul masa buka dan tutup ya. Tutupnya pun bukan macam kedai makan biasa tutup lewat sikit....sebab sini katanya tak ada bekalan elektrik. Mereka guna generator dan bila malam tu memang gelap la kat sini.
***Post hari ni tema dia sunset la...⛅
Ezna









gambar sunset (pic kedua) tu nice sgt! best dpt mkn sambil enjoy view lawa gini
BalasPadamSingkat je masa buka dia ya
BalasPadamMaggi goreng tu nampak sedapp.. siap ada ketam lagi tu. 😋
Lawanya pemandangan!
BalasPadamSedap nampak semua menu. Tempat pun lawa sangat. Boleh la masuk list dulu
Tapi cerita pasal makan mendominasi
BalasPadamTakyah gi Hawaii cam ni....
BalasPadamMasih ada juga yg tak ada bekalan elektrik ya kak.
BalasPadamTapi memang cantiiik tempatnya. Kalau dah sesuai dengan selera, saya pun akan memilih makan di tempat yg nyaman begini
banyak betul buih teh tarik tu...
BalasPadamkiranya dekat situ, takde rumah2 orang la ye?
cantik view sunset...ada plak cafe ..menikmati keindahan alam sambil menjamu selera
BalasPadamCantiknya gambar sunset dengan latar belakang pokok bakau tu Ezna! Nampak tenang sangat. Memang betul kata Uncle Gedek dalam komen tu, tak payah pergi Hawaii kalau kat Perlis pun dah ada vibe macam ni. Latar belakang tempat bayar tu pun unik, kreatif betul dorang deko
BalasPadamBetul. Cantik gambar sunset tu.
BalasPadamCantik view sunset tu... tempat makannya pun menarik.
BalasPadamKalau namanya pulau ketam, haruslah pilih ketam kann. View sunset tu lawa betul
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.