Kami repeat lagi ke Empangan Timah Tasoh. Kali ni kami nak naik bot pula. Kalau nak naik bot kena naik kat Dataran Empangan Timah Tasoh.
Nampak macam lautan kan...tapi sebenarnya empangan / tasik buatan.
Apa yang menariknya di Empangan Timah Tasoh ni? Pemandu bot akan membawa kami ke Pulau Timbul.
Sebelum tu ambil gambar la dulu. Hati-hati dengan topi sebab takut terbang dibawa angin je.
Pemandu bot mengambil gambar kami.
Hubby mengemudi sementara bot ni.
Kami bertiga....
Inilah Pulau Timbul yang dimaksudkan tu. Pulau ni timbul ketika musim kemarau di Empangan Timah Tasoh ni. Pulau Timbul ni sebenarnya dulunya ialah sebuah perkampungan. Bila empangan dibina di sini, penduduk pun pindah ke tempat lain dan perkampungan ini pun tenggelam. Pulau ini mula timbul bila musim kemarau akibat daripada air tasik di sekitar sini yang menyusut.
Kita boleh berjalan di sekitar Pulau Timbul ni.
Menurut kata pemandu bot, aras air sepatutnya menutupi pokok-pokok tinggi kat depan tu. Ikutkan Pulau Timbul ni sepatutnya dah tenggelam la kalau air di paras pokok depan tu. Pulau Timbul ni timbul kesan daripada penyusutan air tasik disebabkan musim kemarau berpanjangan.
Pemandu bot kata ada kumpulan burung hijrah yang datang ke Pulau Timbul ni. Putih tu adalah burung-burung. Syok kalau bawa teropong. Teropong pulak tertinggal dalam kereta 😏. Biar kereta je lah yang teropong ya.
Ada buaian juga kat sini.
Dania jadi photographer ummi dan ayah.
Boleh nampak kepah dan etok yang telah mati bersepah atas pulau.
Kat gambar nampak macam batu kan? Tapi....itu adalah kerangan yang terdampar atas Pulau Timbul ni.
Tertarik dengan pokok besar yang mempunyai bunga yang berjurai ni. Bunga ni berwarna merah. Ni pokok kat atas darat dah ni.
Bunga yang berwarna merah ni gugur.....
Harga naik bot ni masa saya pergi masa bulan Mac 2026, RM70/bot tetapi masa pergi kali ni bulan Mei 2026 harga RM80/bot. Harga dikira 1 bot bukan ikut satu kepala. Ada maksima orang yang boleh naik bot ni. Masa pergi bulan Mac baru-baru ini kami tak naik bot. Pergi kali ni je yang kami naik bot. Tu yang repeat ke sini lagi.
Jadi, jika nak pengalaman berjalan di atas Pulau Timbul di tengah Empangan Timah Tasoh, boleh la menaiki bot di sini. Jangan lupa buat mereka yang suka haiwan liar ni boleh la membawa teropong untuk bird watching melihat kumpulan burung hijrah yang terbang ke sini. Burung hijrah ni kalau kita mendekat je mulalah mereka terbang.
Terima kasih kepada cuaca yang memberikan kerjasama. 💜
XOXO,
Ezna





Kira memang susut banyak la level air di empangan ini sebab boleh timbul pulau yg agak besar.. nak gry juga la kalau balik ke kg nanti huhu :D
BalasPadamYa kemarau yang berpanjangan bukan sahaja ada Pulau Timbul tetapi kerangan kat Pulau Timbul pun mati sebab cuaca panas.
PadamBestnya. Pergi dulu hujan. Oh ada Pulau Timbul ya. Kena repeat ni
BalasPadamView kat situ lawa sangat, Subhanallah!
BalasPadamtak tahu pula linda ada pulau timbul dekat empangan tu.. buaian tu, tenggelam juga ke nanti kalau air empangan dah penuh??
BalasPadamMenarik kisah Pulau Timbul tu.
BalasPadamMurah pulak kalau satu bot hanya RM80. Biasa kan kira kepala.
Adik bongsu SA kan kahwin ngan orang perlis..diorang buat outdoor kat kawasan tasik timah tasoh tu..dulu x berapa cantik area situ..sekarang dah makin cantik...
BalasPadamada terbaca kat mn ntah sy lupa. beberapa thn lps ms musim panas jumpa byk brg bila air kat sini menyusut
BalasPadambila ada service bot mcm ni at least hidup sikit aktiviti ekonomi kat kawasan TT ni
Kerang2 itu sayangnya dah tak ada isi ya kak? Kalau di sini ada pulau macam ini juga, tp saat air surut pulau pasirnya terlihat. Nanti air pasang, dia tertutup lagi. So, kalau sedang surut, memang banyak kerang terdampar. Diambil utk dimasak biasanya
BalasPadamMenarik lah tempat ini, apalagi memang ada boat utk turis yg DTG 👍
Bestnya sebab boleh naik boat satu keluarga je...harga pun OK sangat kan Kak Ezna....
BalasPadampulau timbul ni kawasan yg sama dgn kubur yg kena tenggelam air tu tak? saya tk ingat kat area mana, tpi last year kot ada berita yg air kat kawasan kubur tu dah mengering. so waris pun buat gotong royong bersihkan kubur yg ditenggelami air
BalasPadamooo kiranya u repeat lah yer cuti2 perlis ni...wowww!!!
BalasPadamTerima kasih atas perkongsiannya.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.