Hari ni kelas Dania kena pergi lawatan ke tempat sembelih babi. Pagi lagi lepas Subuh dah tiba di Umai Cafe @ Serumpun di Kolej Serumpun UPM. Tiba sini dalam jam 6.15 pagi. Saya dah siapkan makan tengahari untuk Dania dan 3 kawan yang Dania baik dalam kelas. Ini je saya mampu buat. Belakang Dania dah ada 2 kawan sekelas dari China pun dah tiba.
Bila saya nak balik, ada 2 kawan Dania yang Dania baik sampai juga dari Kolej Canselor. Naik Grab nak ke sini dengan bayaran RM5 kalau tak silap saya la. Bila dah ada kawan-kawannya, saya dengan senang hati tinggalkan Dania la kat sini. Walau dah nak masuk 22 tahun, tapi hati seorang ummi ni masih risau la kan. Saya akan lega jika ada orang yang saya percaya la....
Ni kawan sekelas Dania la....mereka buat lawatan kat Tip Top Meat Sdn Bhd yang terletak di Bestari Jaya. Rumah sembelihan babi yang canggih la sebenarnya. Menggunakan peralatan yang terkini untuk menyembelih babi. Dania dah siap2 pakai face mask la sebab babi ni kan ada satu bau kan....
Makanan yang saya sediakan ni Mac & Cheese ayam dengan cendawan butang. Kalau mac & cheese semata takut tak kenyang pulak. Tu yang letak ayam dan cendawan butang jugak. Siap letak dalam bekas ni untuk 3 pax dan setiap satunya siap sedia sudu garfu plastik yang dibalut dengan tisu napkin. Tak gaduh nak share dah. Setiap seorang ada bekas masing-masing. Portion pun semuanya sama je. Nak lap mulut pun tisu dah disediakan. Dania saya letak dalam mangkuk tingkat tapi selapis je la. Bekas kawan-kawan Dania ni pun agak tinggi jugak.
Harap-harap kenyang la mereka ya. Gigih la saya beli barang-barang nak masak ni semalam. Ada yang guna MYSara jugak macam susu, makaroni dan mentega SCS. Macam cheese keping dan cendawan butang tak boleh guna MYSara.
Gambar kat dalam tempat sembelihan tak ada la sebab tak boleh ambik gambar pun. Dania kata pergi kat tempat babi hidup kemudian disembelih pun ada, kemudian ke tempat babi di stim kan. Errr....Dania kata ada babi warna pink....babi bukan hanya warna pink ya...warna lain pun ada...kemudian Dania kata mata babi cantik....ye ke? 😅
Mereka ke sini under subjek Sains Babi dan lecturer yang mengajar merangkap Dekan Fakulti Pertanian iaitu Prof Dr. Loh Teck Chwen. Prof pun pergi dengan mereka naik bas sekali. Prof ni sebenarnya seorang Doktor Perubatan Veterinar. Prof juga dinobatkan sebagai World's Top 2% Scientists (The Career Achievement). Beliau merupakan saintis di UPM ni. Bila bercakap fatherly sangat....dalam kelas banyak kompromi kepada pelajar kelas Dania. Terima kasih Prof!.
Gambar ramai-ramai kat tempat sembelihan babi moden....Dania tak ada sebab pergi rest room.
Dania dan kawan-kawan dalam perjalanan balik lepas singgah masjid untuk solat jumaat. Moga selamat la perjalanan mereka.
XOXO,
Ezna




Pengalaman yang sangat unik untuk Dania! Walaupun mungkin ada bau yang kurang menyenangkan, tapi ilmu yang dapat tu sangat mahal harganya. Lawatan sambil belajar macam ni memang bagus untuk pelajar. Mac & Cheese tu nampak menyelerakan sangat
BalasPadamkalau bukan untuk tujuan belajar ..memang tiada peluang untuk ke tempat sembelih babi..pengalaman yang rare juga tu
BalasPadampengalaman yang menarik ni..
BalasPadamAda ye subjek pasal babi ni.. baru Sy tahu. Ingatkan setakat belajar gitu² je rupanya ada field trip juga.
BalasPadamSy kenal oink oink warna pink & hitam je sis =D
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.