Tahukah anda yang Perlis juga ada Pasar Terapung. Masa kami pergi sini...berlangsungnya Nat Antarabangsa Angkasa Perlis 2026.
Ambil gambar kat We 💗 Pasar Terapung.
Arah tuju ke setiap tempat kat sini.
Ni lah Pasar Terapungnya. Jom tengok jualan kat sini.
Nak cari souvenir?.
Apa yang saya nampak kat kawasan ni kan....pengunjungnya tak ramai. Mungkinkah sebab penduduk Perlis hanya ada 8 orang sahaja?.
Air kelapa.
Cuaca panas masa kami pergi ni.
Ada bot itik juga jika berhajat untuk keliling tasik ni.
Kurang promosi agaknya ni sebab sepi je....
Ada jualan Madani jugak ni.
Jauh sampai ke Perlis beli jualan rahmah ni. Hehe. Kami beli sabun ni 2 paket (atas sekali).
Kicap dan sos kalau nak beli guna MySara / MyKasih. Kami ada beli minyak masak Saji jugak. Guna entitlement yang kerajaan Madani bagi jadi kami tak keluar duit satu sen pun.
Kat sini juga ada ayam berwarna-warni.
Susah juga nak pegang ayam ni sebab dia lari.
Dania kata ayam yang Dania dan group jaga tu besarnya macam ayam ni la. Dah rindu kat ayam pulak dah 😂. Elok pulak ayam oyen ni tengok kamera ya. Hehe.
Macam-macam warna ada.
Lepas ni kami nak pergi makan tengahari pulak. Kat mana?....nanti saya update...
XOXO,
Ezna
Hehe nampak fotogenik anak ayam oren tengok kamera.
BalasPadamPandai dia tengok kamera achik ni. Hehe
Padamsyg betul. lokasi dah ok tapi x de sambutan...
BalasPadamharga brg2 kat situ okey ke?
Harga barang dia ok je Anies. Tapi....kesian la sebab tak ada sambutan. Orang yang menjual lagi ramai daripada yang berkunjung. Macam mana tu?.
PadamSaya pernah pergi sekali je sebelum berhijrah ke Perlis. Masa saya pergi tu ramai jugaklah pengunjung. Pada pendapat saya, produk jualan pasar terapungnya kurang menarik dan kurang meriah. Jadi tak rasa nak datang lagi.
BalasPadamSatu lagi, Perlis kurang penduduk tapi terlalu banyak acara bila tiba hujung minggu musim gaji. Acara yang kurang tarikan akan kurang sambutan.
Oh kisahnya...memang nampak ada makanan yang banyak....tapi mungkin juga kurang promosinya atau.....betul juga jika banyak sangat acara...dah berpecah semua ke acara masing2.
PadamRindu nak ke sana
BalasPadamMai la sini....
PadamMemang la sepi... Perlis kan ada 8 orang je....?
BalasPadamMaaf berseloroh...
Faham UG berseloroh. Sepi ni UG.
PadamEh itu dr 3 negara kak? Ada lihat bendera Indonesia juga. Jual apa yg stand Indonesia ya? Tp sedihlah kalau tak ramai... Kasian seller yg dah book tempat di sana kan 😔. Pasti tak murah juga mereka bayar tempat
BalasPadamYa ada....kakak perasan ada negara luar juga cumanya kakak tak berjalan sekitar sini secara menyeluruh. Kalau tengok gambar pun macam tak ada orang kan....
Padamdkt perlis ada floating market
BalasPadamtahu ada floating market juga, tapi tak sempat nak pegi... bila2 nanti la..
BalasPadamtahun 2021 pernah pergi sini. masatu masih zaman2 covid lagi, tak ramai penjual sangat
BalasPadamMacam mana nak survive peniaga tu kalau takde pengunjung. Menarik tu ada floating market camtu.
BalasPadamkurang promo kot...unik jer konsep psr terapung...tp yg famous tu kat thailand kan rasanya
BalasPadamHaah, elok pulak ayam tu tengok camera ye haha
BalasPadamMenariknya pasar terapung kat Perlis ni! Tapi tulah, sayang bila tempat dah cantik tapi pengunjung tak ramai. Mungkin betul kata Ezna, faktor promosi atau bertembung dengan banyak acara lain buatkan suasana jadi sepi. Apa-apa pun, gambar anak ayam warna-warni tu memang comel, sempat lagi dia 'pose' depan kamera dengan Dania..pandai betul...
BalasPadamTak pernah pergi pasar terapung.
BalasPadamTempat dah cantik tapi tak ramai pengunjung pula. Mungkin ramai datang waktu petang.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.