Menginap hotel yang sama dengan Ellie Suriaty di Perlis

Terlupa pula nak up post yang ni. Hari terakhir masa kami kat Perlis baru-baru ni...kami turun breakfast la seperti biasa. Sederet dengan kami duduk tu hubby cakap....macam pelakon tu la....Ellie Suriaty. Ya...memang ya bila saya tengok tapi tak confirm lagi. 

Kemudian saya saje-saje ambik makanan berdekatan dengan anak Ellie la saya rasa yang perempuan tu....saya tanya in english sebab anak retis ni selalu speaking je. Saya tanya is that your mom Ellie Suriaty?. Anak Ellie kata yes. Dia kata we came here with Kak Erma. I said Kak Erma Fatima?. Anak Ellie kata yes. Lepas tu saya cakap anak Ellie ni pretty. Anak Ellie salam saya dan cakap thank you Aunty. Memang ya...kalau tak percaya google la. 

So kita pun minta izin dengan Ellie nak ambik gambar....Ellie bersetuju walau sibuk nak breakfast. 

Terima kasih Ellie sudi melayan saya nak bergambar bersama.


Saya cakap dengan Ellie...anak you cantik la....lepas tu Ellie cakap kat anak dia dah salam Aunty belum?. Saya kata dah....sopan betul la anak you.....


Rupanya bila saya google, Erma Fatima dan Ellie Suriati pergi ke pelancaran Nat Antarabangsa Angkasa Perlis 2026. 



Jadi...you alls berani tak nak approach selebriti ni nak ambik gambar??. Ada juga yang buat tak nampak je, ada yang tak berani pun nak approach. Saya berani sikit sebab masa dulu-dulu selalu dapat invitation untuk cover dalam blog event blogger yang ada selebriti ni. Sedikit sebanyak bagi saya jadi beranilah sikit. Kadang-kadang kena approach selebriti la sebab nak ambik gambar dan masukkan dalam post entry blog kita....

Err tapi masa Dania kecik2 selalu gunakan Dania untuk bergambar dengan selebriti macam Aliff Aziz la, Elfira Loy la, Jimmy Shanley...Awal Ashaari time tu tak kahwin lagi dengan Scha Al Yahya tu bila tahu nama Dania....dia panggil Awan Dania. Artis2 veteran pun ada sebab dulu Pak Engku Kuzie Katering selalu panggil majlisnya....Deejay radio pun ada....

Bawah ni gambar saya dan kawan saya dan tengah tu Erra Fazira yang merupakan jemputan rumah terbuka kawan saya...ibunya Habsah Hassan. Kawan saya ni tak heran pun dengan selebriti ni. Relaks je dia. Saya dan kawan saya Lily ni pulak memang hehe.....amboiii tengok la tangan saya letak kat tangan Erra la...ramai la selebriti yang datang. Seingat saya Mas Anizan dengan Ijoy anak Maria Arshad (sekarang kahwin dengan Sharifah Shahirah), Tengku Abdul Rahman dan Cik Puan Julita Aishah selain penulis URTV time tu Huzz. Lain-lain terlupa pula saya. 


Secebis kenangan....




XOXO,
Ezna

 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.