Bila Dania kata kena amali dekat dengan Farm Fresh @ UPM, maka saya pun terfikir nak lepak dalam ni sementara nak tunggu Dania selesai amali. Dania dijadualkan selesai amali jam 4 petang jadi 3 petang camtu saya dah bertolak. Ternampak kawan Dania seorang tengah menunggu bas nak ke Fakulti jadi saya tumpangkan Farah la. Farah ni ambik satu subjek yang clash dengan subjek Meat Science ni. sepatutnya Meat Science tak buat time ni. Bila ada amali baru buat time ni sebab tak nak bertembung dengan student Veterinar.
Saya hantar Farah sampai naik ke tempat amali atas bukit. Farah kata dia ketinggalan bas. Takpe la kan kita bantu. Saya tahu nak menapak naik atas bukit kat Fakulti Pertanian tu jenuh juga kalau sorang-sorang.
Ok lepas tu saya masuk parking la kat sini dan kena lalu kat parit besar ni. Ada bunga teratai la.
Pelajar UPM nak masuk FREE ajer tapi saya kena la bayar RM15.
Cantik kan permandangan atas tu?.
Boleh naik traktor. Nanti dia bawa naik atas tu.
Kemana dulu ni?...
Tengok burung la.
Pegi tempat rusa. Terima kasih la posing untuk pembaca saya ya Ru-Sa. 😅
Kat sini banyak laluan yang atasnya berdaun macam ni jadi teduh la.
Saya snap bunga warna putih ni.
Ada juga warna pink.
Itik ni sama kandangnya dengan kambing.
Cute kambing ni bila tidur kat bowl makanannya.
Kambing ni mulanya berdiri tapi bila saya ambil gambar eh eh duduk pulak. Duduk bersimpuh ke tu?.
Kambing ni paling besar dalam kumpulan kambing kat sini.
Ini pula kawasan yang sangat luas dan ada rusa.
Banyak juga rusa mundar mandir dalam ni.
Nampak luas dan bersih la kat sini.
Dalam ni juga ada spesis ayam.
Angsa dan itik pun ada. Kongsi kawasan yang luas ni dengan kumpulan rusa.
Mungkin ayam dan itik serta rusa boleh diletakkan sekali. Mereka tak bergaduh kot.
Nampak keretapi comel ni.
Landskap kat sini kemas je.
Traktor bawa anak-anak kecil.
Laluan berdaun memanjat.
Ada beberapa kedai dan salah satunya Inside Scoop.
Kat bawah ni 3 spesis pokok bunga yang sama tapi warna yang berbeza.
Putih.
Merah jambu.
Ungu. Ini warna paling common pokok bunga ni.
Pokok renek dengan bunga berwarna ungu.
Bunga ros merah jambu.
Pokok ni sangat besar dan rimbun.
Ada kolam. Ikan dalam kolam ni ikan koi.
Kemudian saya ke tempat yang jual ice cream Farm Fresh. Menikmati ice cream dengan menghadap keindahan alam.
Kat sini kalau nak beli susu Farm Fresh. Saya beli air yogurt Farm Fresh.
Ada jual mentega juga.
Lepas tu saya berpindah duduk kat luar pulak sambil tunggu Dania masuk. Dekat je tempat amali Dania dengan Farm Fresh ni tapi Dania dan beberapa kawan tumpang kereta lecturer.
Dania makan la ice cream cone ni.
Kemudian kami nak tengok lembu tenusu Farm Fresh.
'This way to our Ladies'
Kena dip kasut kat sini untuk tidak membawa penyakit ke tempat lembu tenusu.
Kat sini tempat anak-anak lembu.
Lembu ni rasanya diasingkan. Mungkin sakit la kot.
Lembu tengah makan.
Tepi bangsal lembu ni ada kolam yang menempatkan itik.
Bunga liar.
Eh....ada rusa sesat la ummi.
Gebunya arnab tengah ni.
Putih bersih arnab ni.
Pokok yang tinggi ni ada lampu.
Bunga yang dihurung semut.
Laluan berbunga memanjat.
Ada yang dah pergi Farm fresh @ UPM?.
XOXO,
Ezna





Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.