Jom sayur di Din Sayur

Lepas breakfast dengan hubby, nak beli sayur pula kat Pasar Serdang. Jom la kita ke Din Sayur. Hmmm kalau bawa saya ni banyak la nak dibelinya. Hehe


Daun kunyit, serai, daun bawang, petai, secekak kacang buncis. Ada lagi tambahan suhun, bawang merah, bawang putih, cili api merah dan cili api hijau. 

Kami beli ni stok untuk seminggu la tapi sayur ni selalunya kena top up juga sebab kami tak beli banyak. Takut beli banyak-banyak jadi layu je kan. 


Campur-campur semua kami kena RM30++ la. Ok juga la kot bagi saya. Suhun tu saya beli sampai 4 paket sebab nak buat suhun goreng. Nanti kita tengok kejadiannya. 




XOXO,
Ezna
 

16 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Best dapat beli sayur.. Cuya dah lama tak ke pasar, selalu tugas ayah yg beli barang basah

    BalasPadam
  2. Sayur mesti ada dalam menu seharian

    BalasPadam
  3. Petai 😍
    Beli sayur ni kira wajib la kan bila ke pasar

    BalasPadam
  4. Saya kalau sayur macam daun bawang, seledri, chili, serai, daun kunyit, daun jeruk, sereh, itu semua saya cuci bersih, potong, keringkan sedikit pakai tisu, lalu simpan dalam ziplock dan masuk kulkas di bagian freezer kak. Memang tahan 6 bulan. Sayur yg masuk chiller cuma yg akan saya pakai dalam waktu dekat. JD beli banyak pun tak masalah, sebab pasti tahan lama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selama ni ingatkan just bersihkan dan simpan dalam freezer je..bila buat macam tu jadi pelik sebab daun kari atau daun limau purut tu jadi macam lebam...baru tau cara yang betul iaitu kena lap bagi kering dulu...Thanks Fanny

      Padam
  5. Cie pun sayur & lauk stok untuk seminggu je. Kalau lebih seminggu dah tak fresh.

    BalasPadam
  6. Kacang buncis fav.. suka buat goreng cmpur dengan kobis tanbah plak dgn udang hahaa.. slurrppp lapaaar plak tiba 😅😅

    BalasPadam
  7. syoknya pasar cenggini. suka bau pasar sayur camni, bau herba dan ulam gitu.

    BalasPadam
  8. i beli sayur kat supermarket ajer ;) memang syok if gi psr, akan rambang mata lah kalau i!

    BalasPadam
  9. kalau pergi pasar, semua nak beli... beli kat supermarket...lobak aje lah.. hahaha...yang lain semua tak menarik

    BalasPadam
  10. Seronoknya tengok hasil tangkapan di Pasar Serdang! Memang kalau pergi pasar ni, niat nak beli sikit tapi bila nampak sayur segar kat Din Sayur tu, mesti terbeli macam-macam kan? RM30++ untuk stok seminggu kira berbaloi sangat tu Ezna

    BalasPadam
  11. Seronok bila dapat beli secara fizikal ni..cumanya sebab jarang masak bila nak membeli kena tahan-tahan sikit hati ni dari amik macam-macam hihi...

    BalasPadam
  12. Saya suka sayur. Hairan bin ajaib kan ada orang 'takut' makan sayur.

    BalasPadam
  13. Pergi pasar memang rambang mata.. kalau boleh nak beli semua sayur segar tapi kena tahan juga takut tak termasak.

    BalasPadam
  14. Cantik je kacang buncis tu. Nampak fresh!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.