Kami tiba Perlis pada 1 Mei 2026 lebih kurang jam 5 petang. Tak rushing mana pun jadi perjalanan santai-santai ajer. Bilik yang dipilih ada 1 katil queen dan 1 katil single. Bila tiba tu kami mandi, rehat dan solat.
Kalau nak buat air pun disediakan.
Malam sikit, barulah nak explore bandarnya. Cukup rehat dan dah segar kan. Kami menginap kat sini.
Mula-mula nak pergi Pak Mee Rusa Bakar tapi tak kesampaian sebab tutup pulak jadi kami ke sini.
Salang Food Station
Jalan Kampung Salang, Kampung Salang
01000 Kangar
Perlis
Macam food court la ada beberapa kedai kan.
Kalau datang yang ni dulu memang makan le. Nak buat lapik perut. Satu otak-otak ni berharga RM1.50.
Kerusinya unik.
Nak makan apa ya?.
Masa kami pergi ni ramai orang la jugak.
Ni meja kami. Lebih rendah daripada meja biasa tapi selesa je.
Kuetiau ladna saya degan isi yang meriah. Ada haiwan seperti ayam, udang dan sotong.
Hubby makan nasi goreng.
Dania makan Mac & Cheese. Katanya bakal tiba lambat tapi eh eh tercepat pulak. Sedap Dania kata. Macam rasa Mac & Cheese Kenny Rogers.
So far makan kat sini semuanya sedap la. Total semua dalam RM30++ termasuk air. Kami order 2 teh o suam dan 1 teh tarik.
Lepas tu ronda ronda la pusat bandar Kangar ni. Banyaknya lampu.
Bangunannya saling tak tumpah macam bangunan lama kat Perak, Pulau Pinang dan Melaka. Seronok betul la kat Perlis ni. Jalan tak jam pun.
Dah balik hotel ni lalu kat area lobi. Ada hiasan ala ala tema hari raya.
Banyak la tempat duduknya tapi kan....tak ada aircond area ni. Mereka pasang kipas.
Selesai la hari pertama....kita tengok hari kedua....memang berderet list tempat nak pergi. Hehe. Kena pecah-pecah post sebab kang banyak betul gambarnya.
XOXO,
Ezna


Otak- oatak dah naik harga ye..kat area Seremban masih RM1, Hotel nampak ok sangat makanan kat sana memang murah2 dan sedap...
BalasPadamwah..repeat perlis lagi.. hari raya ritu pun akak p perlis kan??
BalasPadamAda haiwan seperti ayam, udang dan sotong. Mcm nak gelak pulak baca ayat ni.
BalasPadamSeronoknya berjalan2.
BalasPadamMakanan sana nampak sedap
Saya belum pernah ke kangar. Menarik ya kak 😍😍. Nantilah, nak juga eksplor kota2 Malaysia yg lain. Butuh waktu agak lama pasti. Tapi JD cerita berkesan nanti 👍. Bucket list saya dulu nih.
BalasPadamBest jalan jalan perlis... so far tak pernah lgi tidur di hotel kalau ke Perlis.. sebab saudara mara ramai hihii..
BalasPadamRindu nak ke sana lagi sebab trip dulu ad hoc so kami singgah2 kejap je.
BalasPadamMenarik lah Perlis ni untuk dikunjungi. Lama sangat tak pergi sana. Terasa jauh sangat.
BalasPadambest tmpt mcm ni sebab ada byk pilihan mknn...
BalasPadamMacam OK sangat harga dinner Kak Ezna sekeluarga kat situ...
BalasPadamTak pernah lagi round Perlis betul-betul...pernah pergi perlis pun jalan-jalan sekejab je kat Taman Ular dan Air Terjun..tu pun duluuuu betul...
jauh berjalan sampai ke perlis. rasanya masa raya ritu pun kak ezna n family nyongkit ke perlis kan hehehe
BalasPadambest nya cuti2 perlis!!
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.