Dari Jibby by the park tu, singgah MidValley dulu beli barang-barang. Kemudian baru ke sini.
Apa yang specialnya Kayte Coffee ni?. Special sebab owner dia youtuber naik basikal di Malaysia dan keliling negara luar jugak. Nama beliau Amir Arsad. Boleh je search kat youtube tu.
Inilah Amir Arsad. Hubby selalu tengok youtube Amir ni sebab Amir pergi ke luar negara dan berbasikal di sana. View cantik sepanjang perjalanan tu membuatkan saya pun turut menonton youtube beliau.
Bukti datang Kayte Coffee masa birthday saya.
Kedai kopi ni tak besar sangat tapi selesa je bagi saya.
Menu yang ada di sini.
Dania hadiahkan ummi flower bouquet bunga tiruan ni. Warnanya pastel. Beli kat kedai sebelah.
Minuman yang saya pilih dengan Dania strawberry milk dan ada 2 cinnamon roll. Cinnamon Roll ni sedap la. Air pun sedap juga.
Meja kami....
Amir cerita tentang basikal yang ditinggalkan di luar negara telah dibawa balik.
Seorang peminat Amir Arsad. Star Struck ke tu??? Selalu tengok youtube je. Ni depan mata ya.
Rasanya Amir ni slow down berbasikal selepas berumahtangga. Jumpa isteri masa sama-sama umrah dengan Umrah For Ladies. Walaupun For Ladies tapi ada 2 lelaki yang join. Ain isteri Amir kata masa umrah tu bibit percintaan belum muncul lagi. Selepas balik umrah baru la berputik. Wahhhh sweet ya.
Ain ni tak silap saya seorang peguam dan Amir Arsad ni dulu pun seorang peguam tapi melepaskan kerjayanya. Bukan calang-calang orang juga la.
Masa balik, Amir mengucapkan Selamat Hari Jadi akak!. Terima kasih Amir....insya allah ada rezeki kami akan ke sini lagi support business Amir yang baru 2 bulan ni.
Kayte Coffee
No. 6, Arked Mara Kajang, Jln TB 1/1, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor
11 pagi - 8 malam
Tutup : Isnin
XOXO,
Ezna

Ohh dia buka cafe ya, menarik ni.
BalasPadamOh Mulan pun tengok youtube Amir?
PadamMenarik betul konsep Kayte Coffee ni, walaupun kafe tak besar tapi nampak selesa dan hidangan dia seperti strawberry milk dengan cinnamon roll tu pun nampak sedap. Bagus Ezna sekeluarga pergi support bisnes baru Amir ni. Insya-Allah nanti kalau singgah Kajang, boleh cuba singgah juga
BalasPadamDulu selalu follow youtube Mak Cik Basikal.
BalasPadamnice jugak tempatnya ni! sweet la dania bg bunga bday utk ummi nya tu
BalasPadamSalut lah dengan Orang2 yg kuat bersepeda sampai ke overseas. Di sinipun ada, nih tengah di Laos, destinasi akhir eropa nanti. Dari sumatera naik sepeda. Isssh saya memang tak akan mau 🤣🤣.
BalasPadamMenarik tempatnya, simple, tp yg penting kopi dan kue2 sedap 😍😍
My husband mesti kenal jugak sebab dia selalu layan video travel kat YT. Kira baru lagi la kafenya. Semoga sukses selalu.
BalasPadamhappy birthday Ezna 🍰🌸, semoga sentiasa dalam lindungan allah swt. Menarik kedainya 😍😍😍
BalasPadampernah tengok juga youtube nya, selamat hari lahir ezna, kak ana doakan semoga sentiasa di dalam keberkatan usia, aamiin
BalasPadamHebat keduanya peguam. Bertukar bidang buka cafe pulak.
BalasPadamHebat orangnya 👍🏻
BalasPadamSemoga sukses business -nya. Seronok tengok orang kita jadi usahawan begini
Hebatnya..jumpa isteri pun kat tempat yang baik-baik....semoga tambah success bisnes Kayte...
BalasPadamSweetnya color bunga tu...cantikk...
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.