Beruk Kentoi di Wang Klian View Point

Selalunya kami kalau bercuti suka melihat keindahan alam semulajadi. Kisah percutian ke Perlis masa cuti panjang hari pekerja pun dah nak berakhir. Pada 3 Mei 2026, hari terakhir la kami kat bumi Perlis ni jadi selepas breakfast kami menuju ke Wang Kelian View Point. 


Masa mendaki bukit ni ternampak signboard ni. Jaga-jaga kalau Beruk Kentoi melintas. 


Setelah parking, ada 2 cara nak ke View point samada berjalan kaki atau menaiki buggy. Errr nak mendaki kami memilih buggy. Hehe. Ada bayaran dikenakan tapi murah je. 


Permandangan semasa mendaki. 


Ada buaian mengadap ke view point. 


Kami pulak la. Saya rasa kena pakai topi la untuk kurangkan panas. 


Gambar kami bertiga. 


Ishhh gayat betul la nak bergambar kat sini tapi nasib baik bawah ni bukan kosong maknanya bukan dibina di tepi cerun la. Masih boleh nampak tanah kat bawah. 


Saya memang spesis gayat jadi kejap je la nak berdiri kat sini. 


Ummi ambik gambar Dania, Dania ambik gambar ummi. 


Permandangan hutan di sini. 


Penunjuk arah negara. 


Hubby bawa teropong. Sebenarnya kami nampak seekor beruk atas pokok. Tak bergerak dan mungkin tidur. Badan beruk tu besar juga dan mungkin spesis Beruk Kentoi. Katanya di sini ada 2 kumpulan Beruk Kentoi dengan jumlah lebih kurang 200++ ekor. Jadilah kan nampak juga la beruk. 


Puncak tertinggi di Perlis iaitu 304 meter dari paras laut. 


Beria hubby meneropong beruk yang dok senyap je tu. Mengadap belakang pulak tu. Saya pun nampak. Mulanya terkejut sebab teropong kan akan membuatkan objek depan kita besar sikit kan....nampak beruk tu tak bergerak. Mungkin tengah berehat / tidur. 


Beruk Kentoi ni mempunyai ekor yang pendek dan wajahnya pula semakin merah mengikut peringkat usia. Kalau nampak wajah yang merah sangat tu mungkin Beruk Kentoi yang tua. 


Cantiknya view. 


Depan kami ni Bukit Chabang yang kami pergi bermain dengan kambing tu. Kawasan sini akan ada fenomena 'awan karpet' jika malam sebelumnya hujan. 


Fenomena awan karpet dari Wang Klian View Point diambil dari google. Cantik kan? 

Credit : Google

Dania buat gaya gibbon (ungka) berjalan. Eiii sebijik ya....


Dah menikmati permandangan pagi kat sini kami pun turun ke bawah. 


Kemudian kami menaiki kereta ke seberang bukit ni. Ada tanah runtuh la kat sini. 


Ada polis sempadan yang memberi kami kebenaran melepasi mereka sebab hubby tanya apa ada kat area situ?. Depan sikit dah ada border Malaysia - Thailand. 


Depan tu lah pintu sempadan. Nampak ada motor besar berkonvoi plate Malaysia masuk Thailand. 


Bila patah balik, kami ternampak Arked Niaga Wang Klian yang sepi disebabkan tanah runtuh. Bila tanah runtuh, terputus la bahagian sini dengan seberang Wang Klian View Point tu.


Manusia tak ada tapi ada satu keluarga anjing tengah berehat dan curious memandang sebab kereta kami berhenti di sini.
 

Lepas ni kami akan ke....saya update nanti....




XOXO,
Ezna
 

13 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. First time ni dengar tentang beruk kentoi!

    BalasPadam
  2. cantiknya view. kami tiap kali lalu sini tak pernah sempat stop sebab buru buru nak masuk thailand. biasanya jem dalam perjalanan nak lepas border mesti timing tak cun

    BalasPadam
  3. tahun 2024 kot last p Perlis tu... waktu tu hujan..naik view point basah2 je... hihihi.. pergi bulan 12..musim hujan

    BalasPadam
  4. cantik view kt puncak tu tp kalo gayat mmg kena hati2

    BalasPadam
  5. Terserlah betul muka gayatnya tu, postur tubuh pun nampak macam nak berpaut kat tempat berdiri, hihi.

    BalasPadam
  6. tengah trending orang melancong ke Perlis laa nih kan.. nampak panas juga dari foto-foto ezna tapi berkabus, ye atas tu :)

    BalasPadam
  7. Nasib baik akak bawa topi takde lah kepanasan sangat..
    Cantik awan karpet. Kalau dapat tengok fenomena tu depan mata mesti lagi seronok

    BalasPadam
  8. First time juga dengar nama Beruk Kentoi ni, unik betul namanya! Info pasal muka dia makin merah bila makin tua tu pun menarik. Rezeki Ezna sekeluarga dapat nampak walaupun seekor, sekurang-kurangnya bertemu juga dengan penghuni asal Wang Klian ni..SA pernah ke sini dulu dengan family..tapak lama dulu ada kedai jualan kat sini..sekarang dah dipindahkan ke Padang Besar kan..yang bangunan baru ni x pasti plak dah dibuka atau belum..cantik gambar awan karpet tu

    BalasPadam
  9. Pernah pergi Wang Kelian jual - jual 25 tahun dulu. ha ha ha. memang best dan murah. siap masuk sempadan lagi.

    BalasPadam
  10. Cantik view dari atas tu.
    Pertama kali tau tentang Beruk Ketoi.

    BalasPadam
  11. Puas hati dapat tengok view. Baru dengar nama beruk tu. Selalu kat kampung2 ada beruk yang orang bela panjat kelapa tu.

    BalasPadam
  12. oh ada buggy ke, masa saya pergi dulu jalan kaki je naik bukit tu.
    memang cantik wang kelian ni. belah sana tu dah masuk thailand

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.