Bermain dengan kambing di Bukit Chabang

Tarikan di Bukit Chabang Mari ni yang membuatkan Dania nak pergi masa pertama kali kami ke sini bulan Mac 2026 tapi masa tu tak sempat nak cover. 

Jadi, kali ni kami berkesempatan ke Bukit Chabang Mari. Bukit Chabang Mari ni dipanggil 'mini Switzerland' kerana menyajikan landskap unik, puncak berkembar, padang menghijau dan haiwan comel berlari bebas kat sini. Masa kami pergi ni padang bukan menghijau tapi meng'coklat'. Mungkin sebab sebelum ni kemarau yang panjang...kali ni je masa kami pergi Perlis mula hujan. 


Dania dah mula memegang kambing hitam ni. 


Kambing yang Dania selfie. Kelakar pulak tengok muka kambing ni yang pasrah je.😄 Tengok matanya tengok ke atas macam cakap 'Whatever'....


Hubby berani juga pegang. Saya cuit-cuit je. Jangan la kambing tu tiba-tiba berdiri....pasti saya lariiiiii....😝


Banyak kambing yang dilepaskan untuk grazing rumput. Rumputnya pun macam tak ada. Sebelum ni memang kat Perlis ni kemarau. Ni baru nak tumbuhlah agaknya. 


Ada kambing yang memanjat bukit ni. 


Tak sure kenapa kambing buat macam ni sambil makan rumput. Sakit kaki ke apa?....


Kalau kecik ni kira anak kambing la ni. 


Berlatarbelakang gua batu kapur. 



Ayah ada ambikkan ranting kat satu pokok ni dan meriah la kambing berkerumun kat Dania. 


Kalau nampak macam ni....saya dah kebelakang sikit. Hehe


Seronok kambing ni dibiarkan bebas untuk seketika. 





Kat atas bukit tu ada nampak cam lubang pula. Hubby kata ni dah macam gua yang ada harta karun ni. Dengan ada kambing lagi....macam dalam cerita Ahmad Albab. Hehe. 


Cantik betul permandangan kat sini. 


Ada satu anak kambing yang Dania mengikut je. Plan nak dukung la tapi anak kambing tu berlagak la. Eksen tak nak orang dukung. 


Dania ada dekat-dekat dengan kambing ni. 


Terkejut Dania sebab tiba-tiba dia menggesel kat Dania.


Pokok yang tengah tu paling tinggi. Berapa lah umur pokok tu agaknya? 


Kita ambil gambar family pulak sebelum balik. 


Unik bila pokok ni disangkut dengan sarang burung tempua. 


Kalau nak ke sini jalannya agak kecil juga. Kami ikut google maps ajer. 

Waktu operasi Bukit Chabang Mari ni ialah pada hari Jumaat, Sabtu & AhadJam 1 petang - 5 petang sahaja. Harga masuk ialah RM2 satu kepala

Buat penggemar haiwan ruminan kecil ni boleh la datang ke sini. Kalau sejenis penakut haiwan boleh skip tempat ni. 




XOXO,
Ezna


 

13 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. cantik pemandangan nya...suka betul tengok..tapi, kambing tak berapa suka.. kikiki

    BalasPadam
  2. alahaii friendlynya semua kambing ni!

    BalasPadam
  3. Jinak² belaka... Sy tak pernah sampai, harapnya balik kampung cuti panjang bole la explore Perlis ni... Cantik nampak pemandangan gua dan pokok² semua ni

    BalasPadam
  4. Cantik jugak Bukit Chabang di Perlis, yang terletak di Padang Besar, merupakan destinasi tular yang terkenal dengan gelaran "Switzerland Mini" kerana pemandangan puncak berkembar batu kapur yang unik, padang menghijau, dan suasana kampung yang tenang

    BalasPadam
  5. Pernah nampak ada influencer kat IG pernah share dia pi sini. Suaminya orang Perlis.

    BalasPadam
  6. Cantiiiik memang. Dan saya penasaran BRP usia pohon yg besar sangat itu lah 😍😍.

    Tp saya galau akan kesini atau tak kak. View nya saya sukaaaa. Tp saya tak suka kambing 🤣🤣🤣🤣. Kecuali dah dimasak. Kalau masih hidup dan dibiarkan lepas, memanglah saya seram 😅😅. Dan baunya tak kuat

    Saluuut lah Ama Dania, bisa tahan 👍👍👍👍

    BalasPadam
  7. jauhnya perlis...
    kambing tu tak main kejar-kejar pula ya?
    elok ja memasing.

    BalasPadam
  8. lawa la blouse dania...nampak mcm kebaya jer kan sbb ada bunga2 sulam tu!

    BalasPadam
  9. SA x pernah sampai kat sini..x pasti ni tempat baru atau sedia ada..seronok Dania bermain ngan kambing ye..lekat tak bau kambing tu? sesetengah akan lekat

    BalasPadam
  10. Harga berbaloi dengan pengalaman yang didapati.

    BalasPadam
  11. Cantik view situ... luas tempatnya, nampak pun bersih dan terjaga.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.