Pertemuan dengan rakan sekelas program lama

Ingat tak sebelum ni saya pernah kongsikan saya dan Dania melawat Kasih kat hospital sebab accident kan?. Lepas tu Kasih whatsapp Dania jemput 'you and your mom' untuk makan-makan kat rumah. Mulanya Dania agak seram. Seram sebab apa? Ayah Kasih ni lecturer Dania semester ini. Hehehe. Dania punyalah nak pergi ke?....ummi kata pergilah. Lagi pun bukan pergi seorang. Ummi akan tag along la. Kami pergi ni lepas balik dari Arjuna Bangi tu. 

Mulanya mengikut alamat yang diberikan memang kami dah sampai dah depan rumah tapi eh....rumah dan pagar bertutup jadi confuse kejap. Kalau you alls pun mesti confuse juga. 


Setelah 2-3 kali ke rumah yang sama. Bila tiba, Dania pun call kawan. Pelik juga sebab barulah pintu rumah dibuka. Macam tak ada menunjukkan ada rumah terbuka....

Rupanya bukan la rumah terbuka macam ramai dijemput pun. Tak ramai juga dijemputnya sebenarnya. Kasih ni kelas Dania dulu untuk program lama Bacelor Sains Perniagaantani. Ni kiranya kawan-kawan kelas program lama la. Dania kenal cuma takdelah baik sangat. 

Mereka ni pernah satu group dulu masa subjek Agribusiness Accounting. Kena menjual coklat Beryl's. Dari kiri Juna yang merupakan rival Dania kalau masih program ini, Farisya, Rafidah dan Adni. Masa Sem 1 Dania dapat 3.966, Juna 3.9 ke 3.8 ke....tapi bawah sikit je pada Dania. Sem 2 sama-sama dapat 3.965. Kalau sama lagi programnya pasti berlawan-lawan keduanya...in a good way la ya. Bukan lawan bergaduh. 


Ni kawan sekelas yang lain. Namanya err ada saya ingat dan ada saya tanya Dania. Hehe. 


Lagi gambar. Selagi ada Aunty Ezna ni ada la gambar yang banyak2 ni. 


Smile....smile....


Belakang sekali belah kanan tu ialah Ku Liyana. Presiden pelajar di Fakulti Pertanian. First time presiden perempuan yang naik. Lepas tu saya pernah beli ikan tilapia dengan Ku Yana ni. Mereka ada bela ikan tilapia merah. Jadi saya pun beli la. 



Kali ni ada tuan rumah pula ya. Jubah hitam tu Kasih. Alhamdulilah dah nampak makin sihat walaupun tangan kiri tak boleh straight sangat. Kanan sekali tudung coklat Mama Kasih nama Dr. Fezah. Ajar subjek Pharmacology di UPM. Pernah bertemu masa saya dan Dania melawat Kasih. 


Actually awkward juga la nak cakap apa dengan mereka ni since saya ni umur pun lapis atas dah. Haha. Tapi nama pun Aunty Ezna. Ada je la idea nak menanya atau cakap apa. 


Dr. Fezah pula ambik gambar saya dan kawan-kawan Dania. 


Marilah kita berposing cara kita ya. 


Tak lama juga masa kami kat rumah Kasih sebabnya ada 1 lagi jemputan. 


Dari Beranang nak ke Hulu Langat pula trafik sangat slow jadinya waktu tiba jam 4 dan majlis ketiga habis jam 4 petang. Masa ni kami selesai kat rumah Kasih ni jam 2.30 petang. 

Kesian pula hubby tak boleh pergi ke majlis anak kawan gang UPM....nak buat macam mana....trafik jam sana sini orang nak pergi open house la tu. Penyudahnya kami lepak cafe kat Eco Majestic. Nak tahu kat mana? Tunggu....

Terima kasih Kasih dan Mama Kasih...Dr. Fezah kerana jamu makanan yang sedap. Dr. Mamat Hamidi @ ayah Kasih yang ajar Dania Livestock Breeding sem ni tak nampak pun bayangnya. Mungkin tak ada kat rumah. Kebetulan Dania ada assignment Dr...nasib baik dah 2-3 hari awal hantar assignment sebelum ke rumah Dr. 😅. Dania segan kalau jumpa. Nasib baik tak ada ya Dania....

Actually Dania ada cerita la yang ada soalan Dr. Mamat Hamidi tanya dalam kelas berkisar Animal Genetics yang Dania ambik semester lepas. Ada relationship dengan subjek sekarang. Dania angkat tangan dan ternyata jawapan Dania tepat. Lepas tu Dr impressed la sebab Dania masih ingat lagi subjek yang lepas. Terus Dr. Mamat tanya siapa nama?. Dr nak share dengan Dr. Nur Aida ada student masih ingat lagi subjek lepas. Dr. Nur Aida ni ajar Animal Genetics untuk sem lepas dan merupakan Penasihat Akademik Dania. Mungkin Dr. Nur Aida happy la sebab anak PAnya yang Dr. Mamat impressed tu. Alhamdulilah. Just sharing ya....nak buat kenangan untuk saya ni. At least Dania masih ingat subjek yang lepas. Subjek Animal Genetics ni yang Dania kata agak susah. Banyak nak ingat dan Livestock Breeding ni pun adik-beradik Genetics ni la. 😅. Alhamdulillah, Dania dapat A dan harap-harap yang terbaik untuk Breeding ni pulak. 





XOXO,
Ezna

3 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. terbaek lah dania! she's in good circle sgt alhamdulillah! aunty suzi doakan dania dpt deans list sem ni..aamiin!! you go girl!!

    BalasPadam
  2. Dania baik dengan kawan2 jadi kawan2 pun igt dgn Dania & jemput makan2 di rumah walaupun dah tak sekelas lagi.

    BalasPadam
  3. ramai kawan2 dania. ummi pun seronok dapat join makan2 skali hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.