Menderma Darah | Blood Donation Ansci 4.0 the vital drop

Dalam persatuan Sains Haiwan ni ada beberapa aktiviti dijalankan. Ni salah satu diantaranya. 


Pusat Darah Negara pun datang la Fakulti Pertanian. 


Dania sebenarnya salah seorang AJK yang bertugas hari pendermaan darah tu. End up mendermakan darah sendiri. Dania berdarah O mengikut ayah Dania. Saya darah B. 


Muka relaks tapi pada masa yang sama nampak cuak jugak. Dania kata darah dia laju je penuhkan beg darah tu. 


Tahap kepekatan darah yang diterima untuk lelaki dan perempuan ni berbeza ya. 

Lelaki : 13.5 - 18.0 g/dl
Perempuan : 12.5 - 18.0 g/dl

Dania 13.7 g/dl. Bila google rupanya tahap hemoglobin. 


Jururawat pun sporting ni haa....


Ada tajaan barangan dari CP. Mereka yang menderma darah dapat la burger ni. Dania dapat 2 sebab salah seorang AJK. Burger CP ni bila panas kat microwave boleh terus makan dah. Nampak banyak dijual di 7-Eleven. 


Bagus kalau dapat menderma darah ni kan. Badan akan mula menghasilkan darah yang baru. Siapa pernah menderma darah? Saya memang tak berani...

Blood Donation Ansci 4.0 the vital drop telah berjaya mengumpulkan 130 penderma darah. Tahun sebelumnya hanya 120+ sahaja penderma darah. 

Good Job Ansci!!!


***Ada gambar yang diambil dari IG Ansci. 



XOXO,
Ezna





 

2 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Jaman muda2 dulu pernah juga derma darah.

    BalasPadam
  2. i tak berani la ezz nak derma darah... bagusnya dania derma darah!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.