Bila hubby sakit kat bibir, dalam mulut pun sakit dan atas bibir berjahit....pastilah buntu juga nak sediakan masakan apa kan....
Google la saya masakan dalam pantang juga. Akhirnya....hari kejadian tu buat :
Hari pertama : Bubur nasi dengan lauk ayam letak lebih serbuk lada putih. Ayam memang dipotong kecil. Ada buah naga juga.
Hari kedua : Bubur nasi dengan lauk daging letak lebih serbuk lada hitam. Daging pulak dipotong kecil je. Senang nak makan. Buah naga pun ada.
Hari ketiga : Hubby request nasi pulak jadi buat sup ayam letak lobak merah dan makan dengan ulam pegaga. Ayam saya potong kecil. Pegaga pula hubby makan macam tu je tapi saya adalah sambalnya. Selain tu ada juga sampingan buah naga.
Lepas tu memang saya sendiri yang taruh banyak-banyak pegaga dan lobak merah dalam nasi hubby. Wajib makan ya. Mujur hubby ni sejenis makan semuanya....tak sama la macam wife nya memilih la jugak. 😅. Oh ya penggunaan bawang putih dan merah pun banyak ya. Bagus juga untuk meningkatkan imuniti dan banyak lagi la kelebihannya.


moga segera beroleh kesembuhan yang tiada kesakitan selepasnya..
BalasPadamAamiin untuk doanya ustaz. Terima kasih mendoakan...
Padamantara bahagian yang cukup menyukarkan ialah luka di bibir ia tempat selalu bergerak..nak makan atau nak bercakap..semoga cepat sembuh ..aamiin.
BalasPadamTerima kasih mendoakan ya. Memang ya bila bahagian mulut, dalam mulut sakit memang payah nak makan. Nasib baik la suami kuat la jugak. Paksa diri untuk makan kan....dan bersyukur juga tak ada gigi yang patah. Alhamdulilah.
Padambaca pun dah rasa seriau kak sakitnya bila nak makan tu..moga cepat2 sembuh luka tu
BalasPadamYa memang...akak memang seram sebenarnya tapi bila kena kat keluarga kita...automatik kita jadi kuat pulak.
PadamYa Allah, kesiannya hubby sis. Semoga cepat2 sembuh lukanya dah boleh makan macam biasa. Mungkin boleh cari ikan haruan jugak untuk cepatkan sembuh luka kat bibir dan dalam mulut tu.
BalasPadamTerima kasih mendoakan. Ya ikan haruan tu....mana la nak mencarinya....memang terfikir juga pasal ikan ni.
PadamDah tau ke punca suami Ezna cedera teruk tu? ya allah...apa la puncanya jatuh tu kan...
BalasPadamTak tau punca SA....suami tak ingat. Tu yang misteri tu.
PadamSemoga semua foods yg sis prepare dpt cpt sembuhkn luka encik bos sis..Amin
BalasPadamAamiin. Terima kasih mendoakan ya Niza...
PadamMoga cepat sembuh.
BalasPadamKdg2 makanan utk org tak sihat juga amat menyedapkan.. apa pun didoakan moga cepat sihat amin.. 🤲🏻
BalasPadamsemoga cepat pulih dari kecederaan. kena makan extra protein untuk cepatkan proses penyembuhan luka.
BalasPadamshafahullah utk ur hubby. sedap2 la masakan u ni ezz! terbaekkk
BalasPadamOrang yang sihat pun kena berpantang juga.
BalasPadamSemoga diberikan kesembuhan sepenuhnya kepada suami akak. Alhamdulilah dia tak memilih bab makan, satu rezeki tu. Hehe
BalasPadamAiiih, semoga cepat sembuh ya kak. Paham sangat pasti masih sakit sekali bagian bibir dan mulut. Memang sebaiknya yg mudah masuk macam bubur dan sup
BalasPadamSemoga cepat-cepat sembuh Luka hb Kak Ezna...
BalasPadamBest jugak makanan orang tak sihat ni ye....still menyelerakan..
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.