Emergency!!!

Pagi....masa subuh hubby ke surau. Seperti biasa naik basikal lipat nak ke surau. Selalunya kalau pagi, hubby hantar Dania ke Fakulti dan kebetulan saya berpuasa pula hari last dah ni. Kelas Dania jam 8 pagi. Selalunya juga lepas solat, hubby akan terus beli breakfast untuk Dania. Berdekatan rumah ada warung yang dah buka. 

Lepas tu hubby masuk rumah dah berdarah-darah macam ni. Panik la saya. Suruh basuh siap-siap muka tu....kemudian saya pun siap cepat-cepat. Nasib baik ada roti. Dania makan je roti dengan merjerin dan gula untuk sarapan. 

Bila tanya jatuh kat mana?, siapa langgar?, siapa bantu....haaa yang last ni hubby jawab orang pakai specs kemudian cakap Allah....Allah..... Lain-lain hubby tak ingat. You alls tahu ke hubby dah jadi macam blur. Kejadian ni sampai sekarang tak tahu apakah punca sebenarnya. Saya sampai dok terfikir bukan orang je yang tolong. 

1. Siapa yang langgar atau jatuh sendiri?
2. Hubby pengsan ke lepas kena langgar (kalau dilanggar)?
3. Hubby pening lalu rebah sendiri ke?
4. Macam mana ada orang boleh tolong hubby? Adakah beliau sebenarnya yang melanggar hubby?. Haaa ini persoalan. 
5. Adakah hubby pengsan sebab orang langgar kemudian ada orang lain nampak dan tolong. 

Sebab semua kat atas ni hubby tak ingat. Pelik tak?


Saya hantar Dania dulu ke Fakulti. Tiba Fakulti 15 minit awal. Alhamdulilah. Lepas tu terus singgah Pusat Kesihatan Universiti, UPM. Mereka bersihkan luka hubby dan taruh ubat. Kemudian meminta saya untuk membawa ke Klinik Kesihatan berdekatan atau Hospital terdekat. 

Rasanya ni takde bayaran pun dikenakan. Macam kami terus keluar je....dah disuruhnya bawa hubby terus ke kecemasan Klinik Kesihatan / Hospital. 


Muka dah siap sapu ubat dan dibalut. Jadi mummy pulak hubby ku...
Terima kasih petugas Pusat Kesihatan Universiti, UPM. Nampak ok sikit la kan dah taruh ubat dan berbalut. Lepas tu ada petugas tu kata luka ni tak teruk ni. Sebenarnya membantu juga kata-kata macam tu supaya saya tak panik. 


Kemudian kami ke Hospital Serdang. Hubby saya drop kan dulu ke Kecemasan. Hubby handle sendiri semua sebab boleh berjalan. Saya ada hal sebentar. Saya selesaikan hal saya dulu. Hubby share barisan beratur melalui whatsapp. Huiiii panjangnya. 


Hubby kata rawatan diberikan oleh Dr yang rumahnya berdekatan dengan rumah kami dan solat pun kat surau yang hubby solat tu la. Dr tu dah bagi nama tapi hubby lupa. Katanya Dr tu muda. Dr check tangan semua ok takde yang patah sebab hubby boleh angkat tangan. 


Lepas tu kena pula pergi ke bahagian X-Ray untuk X-Ray muka takut ada apa-apa berlaku di bahagian muka atau otak. 

Kat bulu kening tu ada luka Dr letak gam....kat atas bibir tu ada pembukaan sikit sebab suspect batu masuk dalam tu. Hubby kena jahit. Pedih katanya. Allah kesian pulak dengarnya. 


Dekat pukul 9 lebih macam tu saya mencari la parking di parking bertingkat kat Hospital Serdang. Allahu....jalan sempitnya. Nak kena berhati-hati. Saya ni seriau sikit kalau sempit ni. Nasib baik semua ok dan ada parking kat level 6. Level 9 paling atas. 

Terus la kat tempat kecemasan tu tapi aduhai hujung sini dan jalan hujung sana ya....berjalan la saya ya....kemudian hubby dah masuk jumpa Dr. Dari tadi saya drop dan buat urusan....baru hubby jumpa Dr....

Masa ni saya dah masuk Cafe dah tunggu hubby kat situ. Bila hubby datang...ya lah macam mummy la kan berbalut kat muka tu. Masa ni belum X-Ray lagi....kena tunggu jap kemudian bila hubby ke tempat X-Ray....saya tunggu kat lobi. Sebelah saya seorang ibu macam nak tidurkan anaknya yang down syndrome dengan hidung ada alat untuk minum. Rupanya bila ditanya anaknya sakit jantung berlubang. Namanya Airis. Anak syurga ya...airmata saya jatuh ke pipi sebab tengok ketabahan ibu tu. Terasa macam sayu sangat. Orang lain anak sempurna pun kadang-kadang merungut ya. Beliau pula anak down syndrome tapi masih boleh happy happy lagi. 

Balik je beliau dan anaknya....makcik sebelah pula menyapa saya tunggu siapa. Makcik tu tunggu suaminya. Baru ajer suaminya accident. Ada orang langgar. Pakcik tu nak pergi solat Maghrib kat surau. Kemudian meleret pula makcik tu cerita pasaldia bantu saudaranya yang baru kematian isteri. Pulihkan semangat. Lepas tu cerita dia ada sixth sense. Boleh nampak benda mistik ni. Udah seram pulak saya. Ada juga diceritanya pontianak masuk badannya.....haihhhh....saya rasa macam nak lari pulak. Haha...dah la boleh nampak benda halus ni....err pontianak tu dah keluar ke belum?. 

Lepas tu hubby pun datang. Alhamdulilah. Salam-salam dan terus la menuju ke kereta. Kena jalan jauh juga sampai jumpa jalan jejambat tu. Kemudian naik lif sampai la tingkat 6. Nak turun dengan kereta cukup bercinta sebab lorong dia alahai sempit juga. Tapi....sekarang ni kita yang in charge driving jadi kena beranilah. Slow slow je. Lantak la kereta belakang kemain laju. 

Hari ni yang panjang juga la sebab keluar rumah pun 7.12 pagi macam tu. Tiba rumah 1 lebih petang....nasib baik Dania punya program sampai petang kol 5 camtu jadi saya tenang-tenang je la kat rumah ya. Balik je rumah...elok pulak hubby buat kerja 😮. Terpaksa WFH (Work from home) la. 

Tu la kisah pagi tadi. Buat jantung dipam laju je.😵

Bukan nak memalukan hubby ya tapi...apa yang perlu dibuat jika situasi jadi macam ni. Kunci utama di sini kena bertenang. Saya tadi entah apa yang saya cakap...benda baik-baik la....macam mana boleh jadi, siapa yang langgar kalau ada yang langgar....etc. Saya kalau panik akan keluarlah cakap2 saya ni haaa....bila saya dah bertenang...barulah boleh berfikir secara rasional. Jika kejadian ni berlaku...saya rasa yang penting kena basuh dulu tempat yang berdarah tu. Kemudian....cepat2 bawa ke Klinik ke Hospital untuk tindakan selanjutnya. Hubby kena cucuk, kena jahit dan kena gam kat kening. 

Bersyukur juga semua dipermudah hari ni. Alhamdulilah. Bersyukur juga saya boleh memandu. Jika tak boleh memandu bayangkanlah...





XOXO,
Ezna








 

2 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Semoga dipermudahkan urusan semuanya buat akak.. kalau sy pun mesti panik juga berada dlm situasi akak... sampai skrg masi tak tau lg ke puncanya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try tanya kat group kawasan, dah dapat tau la siapa yang bantu. Persoalan tentang macam mana boleh jatuh tu memang tak tahu sampai sekarang.

      Apa pun terima kasih di atas doanya...

      Padam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.