Rise and shine...jom la kita mencari breakfast ya. Memang saje tak booking sekali dengan sarapan di hotel sebab nak cari breakfast sendiri.
Kat belakang IPK Pulau Pinang....Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang tu terletaknya Roti Bakar Hutton Lane.
Simple je pun tempatnya warung macam ni je tapi....ramai yang beratur dan makan kat sini ya. I bet mesti famous ni. Memang famous rupanya sebab tengah menunggu kat depan meja yang ada nasi lemak tu....ada seorang polis ambil nasi lemak untuk tapau....dah saya tanya...sini famous ke? Polis muda tu cakap ya. Kalau datang hari minggu lagi ramai. So ya.....jangan la datang hari minggu. Kalau nak datang hari minggu kena la datang awal.
Saya duduk kat tempat duduk la nak booked tempat....idak mana nak makannya?. Tengok barisannya....panjang ke idok?.
Tempat duduk saya betul-betul depan warung ya. Hehe. No choice la. Nak pilih-pilih orang ramai. Meja kosong apa yang ada je.
Dah duduk depan meja kami ada nasi lemak dah jadi macam penjual nasi lemak pulak sebab orang tanya huruf BT apa, U apa...Hehehe. Saya kata bukan saya pun tunggu makanan tiba ni. Errr saya tanya Dania...ummi rupa penjual nasi lemak ke?. Gelak la Dania.....
Menu yang boleh dipesan.
Hubby dah nak tiba dah...yayyy....baru nak tiba ya....makanan belum tiba lagi.
Sebelah kami ni couple India. Berborak juga kata setiap kali cuti sekolah pasti turun ke Pulau Pinang dan setiap kali makan breakfast kat sini dan makan nasi kandar di Deen Mutiara. Ok....Deen Mutiara ya....
Lepas tu ibu dan anak pula duduk di sini. Mereka dari Medan, Indonesia.
Ewahhh pandai Muhammad Rashdan ni posing ya. Imut kamu ya?. Lepas tu cakap kat saya mana imutnya?. Rashdan duduk dulu di meja sementara ibunya baju belang kat belakang tengah bayar. Sebelum balik, saya hulur duit raya kat Rashdan dan ibunya kata oh...THR ya....Saya tanya THR itu apa? Tunjangan Hari Raya (THR) kalau kita maknanya duit raya la. Saya belajar pelajaran baru la hari ini.
Dah achik dikatakan achik nasi lemak....maka nasi lemak la saya makan. Hehe. Simple je nasi lemaknya.
Ni Dania punya ni roti cheese.
Hubby pula roti bakar tanpa cheese.
Berdekatan dengan tempat makan kami, ada Jeruk Madu Pak Ali. Alang-alang singgah la kan....kami berjalan kaki ajer. Satu...kalau naik kereta tak tahu ada parking ke tak sebab limited parking kan....lepas makan kita exercise la.
Jeruk siap packing dah.
Saya tertarik nak beli mi sanggul ni.
Saya beli 6 untuk adik beradik saya dan diri sendiri.
Pelbagai jenis keropok pun ada.
Roti Bakar Hutton Lane kat belakang IPK Pulau Pinang ni.
Masa nak melintas jalan terpandang art kat bangunan depan ni. Art diperbuat dari besi....kreatifnya.
Lalu balik warung kami makan tadi.
Rupanya waktu pagi warung ni jadi warung Roti Bakar tapi bila petang sikit dah jadi warung lain pulak.
Jalan nak menuju ke kereta kami.
Lepas tu ke mana kami?. Saya cadang ke tepi laut berdekatan.
Cantik bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang ni.
Tepi pantai ada tugu ni.
Marilah kita belajar tentang bilakah Perang Dunia 1 bermula.
Perang Dunia ke II.
Sebenarnya ada seorang saudara-mara saya di Seputeh, Perak diculik dulu untuk tujuan membina landasan keretapi. Masa tu ramai la lelaki yang hilang dari radar. Bila saudara-mara yang berumur bercerita. Mungkin juga landasan keretapi di sini. Sampai ke hari ini tak dapat dipastikan keberadaannya di mana. Masih hidup ke atau telah mati.
Jahat betul orang dulu ya. Main culik ikut suka hati kemudian paksa jadi buruh membina landasan keretapi. Tak tahu dapat gaji ke, diberi makanan cukup ke?. Menyeksa je kan?.
Ada lagi beberapa yang ditulis dan kadang saya pun tak faham....event yang mana ya....
Konfrontasi Indonesia pun ada juga. Konfrontasi ni menyebabkan Perang Dingin di Asia. Pembentukan negara Malaysia pun pada masa ini.
Lepak sekejap la kat sini kena bayu laut.
Dah kecik betul mata Dania ni sebab panas. Pakai topi ni kiranya penyelamat la.
Kena peka dengan amaran ni ya...tak boleh panjat dan ke tembok batu sebelah sana.
Kat hujung sana tempat kapal berlabuh.
Gambar kami pulak....nampak tak kapal belakang kami tu...kejap je dah ke tengah laut dah. Macam kapal Star Cruise je.
Lagi gambar.
Tak berlama-lama kat sini sebab panas ya amat ya....terus la kami menyusuri jalan berpokok menuju ke?....ok lepas ni saya update.
Ezna


sedapnya roti bakar! memang famouslah yer sbb pnjg betul q nya tu...cuaca nampak sgt panas la ezz...gmbr yg last tu...
BalasPadamPolis tu kata memang ramai orang especially hari minggu. I rasa famous Suzz....
PadamIPK Pulau Pinang tempat ayah saya pernah bertugas dah lama zaman saya masih sekolah,rindunya tengok tempat saya baru nak jadi remaja,tengok pada kawasan sekitar tu pun dh banyak perubahan
BalasPadamMenggamit memori juga kan Afzan....kadang kalau bab memori sampai boleh mengalirkan airmata lagi.
PadamWahhh..best ni sis.kena kumpul budget ni nk bwk kids =)
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.