Kelas Dr. Suraya dijadualkan jam 2 petang. Kami tiba di Masjid Negeri Pulau Pinang ni dan ngam-ngam pula azan zohor berkumandang. Siap-siap la saya bawa semua ni. Botol air la, bantal la...jap lagi boleh la baring-baring dulu.
Kami solat dulu sebelum Dania memulakan kelasnya.
Cari port di sudut hujung masjid yang tak ramai orang. Selesa sungguh la dengan berkarpet dan aircond. Ambik rehal mengaji dan kerusi pengajian tu. Senang dengan adanya IPad ni boleh bawa ke mana-mana sahaja. Kalau laptop tu berat sikit.
Mulanya tak pakai earphone tu tapi haishhh ada pakcik berborak kuat pulak....lepas tu time ni lah cleaner nak vakum carpet 😆. Lepas tu ada bunyi ketuk-mengetuk juga kat ruangan tempat imam di dewan solat utama tu tengah buat renovasi. Sabar Dania ya....pakai earphone settle masalah. Alhamdulilah. Dah la kena buka kamera. Lecturer ambik kedatangan ya. Ada kawan Dania yang dalam perjalanan balik kampung kat jalan dengan wifi pun tak stabil. Dugaan nak belajar ya.
Kelas patut habis jam 5 petang tapi habis awal dalam 4 lebih sikit. Sambil menunggu Dania habis kelas, saya nak baring-baring tapi tak boleh la....ada kakak yang baring berdekatan ajak berborak la pulak. 😅. Hubby memang dah siap belayar ke mana tak tahulah.....kemain syok zzzz tu lepas solat. Ye lah aircond ada, carpet pun empuk. Saya je cannot...ada yang ajak berborak. Hehehe....
Singgah mencari nasi kandar. Hubby dan Dania suka la....saya bab kari, kuah campur ni kurang suka tapi makan juga. Kami ke nasi kandar yang India masa saya breakfast tu cadangkan. Beliau setiap cuti sekolah bawa family turun Pulau Pinang dan makan nasi kandar Deen Mutiara.
Kami singgah makan kat Deen Mutiara. Barisan pun dah panjang masa ni.
Kat luar ni ada tempat duduk juga.
Ni dari kamera hubby ni. Panjangnya barisan. Saya dah booking tempat. Kalau join beratur jugak memang nak mencari tempat tu susah la ya.
Ini barisan yang dah nak tiba kat kaunter.
Lauk pauk kami....kanan atas tu Dania punya pinggan, kiri tu hubby. Saya pulak yang bawah tu. Saya request tak nak kuah campur. Kosong je. Nasi saya makan sikit je dan pass ke hubby. Hehe.
Ada pelancong dari Medan duduk sebelah meja kami. Cepat betul mereka makan.
Lepas tu masa saya tunggu2 tu, meja sebelah ada la keluarga cam anak mami mai duduk. Mak dia tiba-tiba letak pinggan tu kat meja kami (mamak tak angkat pinggan dari keluarga dari Medan tu)....Ehhhh saya kata. Meja dia nak bersih je (ni saya cakap dalam hati je). Masa tu saya duduk seorang je. Dania dan hubby tengah beratur. Lepas tu mak dia ambik balik pinggan dan letak kat meja dia balik.
Tak lama kemudian, mereka pindah di ruangan atas.
Perjalanan balik kami menggunakan Jambatan Kedua. Jambatan kedua ni lagi panjang jambatannya berbanding Jambatan pertama.
Baru nampak lautnya. Panjang jambatan ni.
Kami ikut waze je. Disuruh masuk laluan dalam kami ikut, kalau masuk highway pun kami ikut. Ni singgah R&R Tapah ni nak berehat dan solat. Jangan la letak kereta bawah pokok tu kat R&R sebab burung banyak kat pokok-pokok tu. Sekali pakej 💩 nanti kita dapat. Macam derang tak boleh tidur sebab terang kan.
Kat dalam surau ni ada orang bawa beg kucing.
Baru nampak muka dia. Comel kan?.
Kat atas Jambatan Pulau Pinang tu jam menunjukkan jam 6.11 petang 24 Mac 2026. Kami tiba rumah kami 25 Mac 2026 jam 4 pagi kot kalau tak silap. Berhenti beberapa kali juga untuk berehat. Ok la kan sebab 25 Mac pun Dania ada online class juga jam 2 petang. Boleh la join dengan selesa sebab dah tiba rumah dah. Alhamdulilah.
Perjalanan kami dari :
Selangor ➤ Kedah ➤ Perlis ➤ Kedah ➤ Pulau Pinang ➤ Selangor.
Bercuti dari 20 Mac ➤ 25 Mac
Lepas ni update pasal jemputan Hari Raya / Akikah pula....
XOXO,
Ezna











jauh perjalanan nya tu ezz..ala2 road trip dh ni ;) melakar memori manis bersama yg tersayang gitu!
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.