Dah lama tak makan nasi air jadi kita buat nasi air. Dalam ni letak cili merah, lada sulah, garam sedikit dan ayam serta daun sup dan bawang.
Sup ayam.
Bila letak dalam mangkuk. Ada sebiji telur rebus juga dan alhamdulilah...kami kenyang. Bulan puasa ni makan sedikit pun perut rasa dah kenyang. Dania bertambah juga nasi airnya.
Menu berbuka untuk 13 Ramadan ni, ikan goreng bercili, kerang bercili dan pucuk paku tumis dengan ikan bilis.
Menu berbuka untuk 14 Ramadan pula saya buat udang masak bawang putih. Letak banyak daun kari jugak. Bawang putih pun banyak jugak. 😊 Peminat bawang in da house yo....siapa lagi yang sama? 🙋
Sup kobis dengan cendawan shitake.
Saya buat pula puding roti.
Puding roti bila dipotong. Puding roti saya kurang manis jadi kena letak sikit madu nak bagi rasa. Saya tak buat sos kastad tu. Saya derhaka resipi sebab letak sikit je gula. 😅 Tapi....Dania dan hubby makan juga....
Menu 15 Ramadan pula. Aikkkk...kenapa semuanya warna seakan sama ni?.
Ayam percik ni kuahnya saya lebihkan. Bila kuahnya agak pekat baru saya tutup api.
Tak ada sayur pula jadi saya buat telur dadar yang dalamnya saya letak cendawan shitake dan tomato ceri.
Gigih la saya buat popia ni.
Intinya udang, telur, serbuk cili, bawang merah, daun bawang dan kobis yang dihiris nipis dan perasakan juga dengan garam dan serbuk lada sulah. Maafkan ketidaksempurnaan lipatan popia ni bila ummi dan anaknya melipat gemuk-gemuk dan panjang-panjang. Dania tanya ummi...kenapa Dania lipat gemuk-gemuk ni?. Ummi pun tak tau la nak jawab apa. Dapatlah 10 popia dan sambung la makan masa moreh nanti.
Hubby bawa balik makanan dari bazar iaitu roti khurasan. Dania kata ummi buat lagi sedap tapi saya rasa yang ni pun sedap je.
Cucur udang keras. Lain kali tak payah beli la cucur udang ni. Susah la nak jumpa yang sedap.
Menu 16 Ramadan pula berupa nasi lemak pandan. Saya tak guna pewarna ya...ni warna asli dari daun pandan. Air daun pandan dari 5 helai daun pandan. Ada daun salad dengan telur rebus beserta ikan bilis goreng dan sambal nasi lemak.
Nasi lemak pandan saya dan lauknya. Memang tak ada kacang dan timun sebab keduanya saya dan Dania kurang sikit. Kalau daun salad ni memang saya dan Dania makan. Hubby...tak pilih makan apa...semuanya boleh. Alhamdulilah.
Menu 17 Ramadan pula sayur kucai bertelur dan daging resipi Pah saya.
Hubby suruh buat puding roti sebab dapat 1 buku roti jumbo masa Moreh malam sebelumnya, katering yang bagi. Alhamdulilah, kali ni barulah rasa manis sikit puding rotinya berbanding yang saya buat sebelum ini. Kali ini saya masukkan sedikit madu dalam puding roti ni.
Kemudian buat pula sos kastad.
Alhamdulilah untuk hidangan kami sekeluarga ini. Baru nak keluar postnya. Sekali harung kita keluarkan...Hehe...
XOXO,
Ezna



















udang masak bawnag putih menarik tgk
BalasPadamalhamdulillah, semua pun sedap2 tu! rajinnya u buat popia ezz. terbaek laaa
BalasPadamSedap semua menu2 ni sis =)
BalasPadamwaahhhhh repet puding roti nampak sedap sgt tu! popia pon nmpak sedap sis ezna & dania buat! nti ana nak buat jugalah nasi lemak pandan ehehe
BalasPadamMenu iftar seperti ini memang terlihat enak dan menggugah selera. Saat berbuka puasa, hidangan yang beragam seperti ini pasti membuat momen berbuka terasa lebih spesial bersama keluarga
BalasPadamSemua sedap la... Popia buat sendiri mmg gemok sbb intinya kita boleh letak banyak² ... Macam teringin pulak nasi air tu...
BalasPadamJika berbuka, menu dengan kuah begitu, memang lebih pas. Light tapi mengenyangkan.
BalasPadamUdang masak bawang putih saya sukaaaaa, apalagi jika pakai banyak daun kari.
Popia gemuk2 malah lebih puaaaas makannya 🤤😄. Makan 1 mungkin langsung kenyang.
Saya sambil baca tulisan kakak, tengah buat juga puding karamel KA. Ni lah sedang dikukus. Semoga menjadi 🤣
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.