Mencari gift Hari Raya

Ada satu hari tu saya dan Dania ke IOI City Mall nak mencari gift nak bawa balik kampung. Plan nak bagi barangan kaca jadi terus la tuju kat level barangan ni dalam Parkson. Jumpa orang letak kat atas rak lain gelas yang bawahnya ada design lace. Mesti orang tu main letak merata sebab tak jadi nak beli. Cantik dan manis rupanya. Kemudian tanya staff mana nak ke rak gelas ni sebab nak ambik lagi satu. 

Bila nak bayar, baru perasan...satu set gelas yang diambil warna silver, lagi satu warna gold. Sebelum ni tak perasan. Harganya ok jugak dalam RM23/set. Ada 6 biji gelas dalam tu. 

Dah bayar, saya check gelas pula takut ada defect....dan set yang gold ada defect kat permukaan gelas jadi saya pun minta tukar yang baru. Ada lekuk sikit kat permukaan gelas. Nak bagi orang kena la pilih yang terbaik kan. 


Lepas bayar terus ke customer service sebab nak balut. Kalau balut guna pembalut Parkson ni free je jadi balut guna pembalut Parkson je la cumanya minta staff ni tanda gold & silver. 

Mak Lang nak bagi gold ke silver?. Dania kat gold la sebab warga emas. Eh selamba je dia ya. 😅. Kakak ayah tu Dania....


Letak dulu kat kereta dua set gelas ni sebab berat. Lepas tu masuk balik dan kami ke Lotus pulak. Dania nak cari barang. 


Nak balik tu kami ikut jalan ke Putrajaya sebab jalan depan IOI City Mall tu jam betul la. Bukan kira bulan ramadan ke apa ke....hari biasa pun jam juga. 




XOXO,
Ezna


 

2 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. SA pun beli gak untuk biras SA...bila dah ada keluarga besar ni kena bawak la buah tangan kan...takkan nak berlenggang aje...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak bagi hadiah, bagi duit raya kat anak saudara je....kalau ada rezeki 2-2 kita bagi. Ikut la time tu macam mana....

      Padam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.