Kasut konvokesyen Part 1

Pada 27 Feb 2026, saya ada ke Bahagian Akademik. Nak jumpa kawan contest sebab ada hal sikit. Ni baru first time saya jumpa dengan kawan saya ni face to face. Selama ni ke bahagian akademik ni 2 tahun yang lepas, takde la saya panggil kawan saya ni nak assist ke apa. Dulu kan ke saya bertangga kat sini sebab Dania nak tukar course la apa la....bagi dokumen semua la. Sampai 7 kali kali you alls. Hehe...gigih tak gigih?. Sekarang ni pelajar yang tukar course ni dah Year 2 dah. Kejap je masa berlalu. Dia la tukang teman ummi ke mana sahaja. Asyik nak ikut je kalau ummi nak keluar. 

Berbalik kepada kawan saya ni Ana...beliau pernah menang bar emas 100g. Tak sure pulak contest apa....dulu-dulu la masa zaman kegemilangan kami. Hehehe.....sekarang ni katanya nak menang besar memang susah la. 


Sebenarnya saya nak sampaikan dari penderma yang baik hati untuk sedekahkan kasut bertutup hitam perempuan ni. Kasut bertutup ni tujuannya untuk konvokesyen pelajar nanti dalam bulan 11. Bahagian Akademik ni akan tunggu di luar sebelum pelajar semua masuk ke dewan. Ada kes pelajar yang memakai kasut yang tercabut tapak la sampai ke atas pentas...kesian kan....mungkin pelajar ni tak mampu kot nak beli kasut baru jadi pakai je apa yang ada. Ada juga pelajar yang pakai kasut yang tak selesa dan macam-macam kisah lagi la. Actually setiap kali konvokesyen mereka amat memerlukan barangan yang saya senaraikan di bawah. 

Bila dekat-dekat nak konvokesyen ni, Bahagian Akademik, UPM akan cuci la kasut-kasut ni nak bagi berkilat. 

Jadi, saya ambil inisiatif untuk kumpul dana. Tak boleh banyak....sedikit pun jadilah. Kasut yang dibeli ini kebetulan ada promosi sebab hanya tinggal saiz itu sahaja. Terus la saya grab ya. 
 

Ini pula saiz besar tak silap 9 kot. Tapak pula kena tebal tak boleh yang nipis tu kalau nak pakai kasut bertapak tinggi. 


Jadi....jika ini kasut perempuan, insya allah akan ada Part II pula untuk kumpul dana beli kasut lelaki bertutup warna hitam dan tali leher pula. 

Bahagian Akademik, UPM ni perlukan barangan konvokesyen seperti : 

1. Kasut hitam formal perempuan yang bertutup.
2. Kasut hitam formal lelaki yang bertutup. 
3. Tali leher (bercorak / plain). 

Moga usaha yang kecil ini dapat la berkhidmat buat pelajar yang mempunyai masalah kasut tak sesuai atau kasut yang sudah rosak. Terima kasih semua yang berkongsi rezeki. Kalau ada yang nak berkongsi rezeki, boleh terus ke Bangunan Canselori, UPM tu kat Tingkat 1 Bahagian Akademik. Cakap la nak sedekah kasut / tali leher untuk konvokesyen. Kalau tanya macam mana tahu...boleh je bagi tahu nama blog ni. Saya tolong promote je. Tak dapat apa2 pun saya ya....kita bantu mana yang boleh. 

Nak buat something la untuk Universiti Dania ni....😊





XOXO,
Ezna

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.