Pada 27 Feb 2026, saya ada ke Bahagian Akademik. Nak jumpa kawan contest sebab ada hal sikit. Ni baru first time saya jumpa dengan kawan saya ni face to face. Selama ni ke bahagian akademik ni 2 tahun yang lepas, takde la saya panggil kawan saya ni nak assist ke apa. Dulu kan ke saya bertangga kat sini sebab Dania nak tukar course la apa la....bagi dokumen semua la. Sampai 7 kali kali you alls. Hehe...gigih tak gigih?. Sekarang ni pelajar yang tukar course ni dah Year 2 dah. Kejap je masa berlalu. Dia la tukang teman ummi ke mana sahaja. Asyik nak ikut je kalau ummi nak keluar.
Berbalik kepada kawan saya ni Ana...beliau pernah menang bar emas 100g. Tak sure pulak contest apa....dulu-dulu la masa zaman kegemilangan kami. Hehehe.....sekarang ni katanya nak menang besar memang susah la.
Sebenarnya saya nak sampaikan dari penderma yang baik hati untuk sedekahkan kasut bertutup hitam perempuan ni. Kasut bertutup ni tujuannya untuk majlis konvokesyen pelajar nanti dalam bulan 11. Bahagian Akademik ni akan tunggu di luar sebelum pelajar semua masuk ke dewan. Ada kes pelajar yang memakai kasut yang tercabut tapak la sampai ke atas pentas...kesian kan....mungkin pelajar ni tak mampu kot nak beli kasut baru jadi pakai je apa yang ada. Ada juga pelajar yang pakai kasut yang tak selesa dan macam-macam kisah lagi la. Actually setiap kali konvokesyen mereka (Bahagian Akademik, UPM) amat memerlukan barangan yang saya senaraikan di bawah. Saya tulis ni berdasarkan apa yang diceritakan oleh Ana..kawan saya ni la.
Bila dekat-dekat nak konvokesyen ni, Bahagian Akademik, UPM akan cuci la kasut-kasut ni nak bagi berkilat.
Jadi, saya ambil inisiatif untuk kumpul dana. Tak boleh banyak....sedikit pun jadilah. Kasut yang dibeli ini kebetulan ada promosi sebab hanya tinggal saiz itu sahaja. Terus la saya grab ya. Takdelah specific saiz yang kena beli.
Ini pula saiz besar tak silap 9 kot. Tapak pula kena tebal tak boleh yang nipis tu kalau nak pakai kasut bertapak tinggi.
Jadi....jika ini kasut perempuan, insya allah akan ada Part II pula untuk kumpul dana beli kasut lelaki bertutup warna hitam dan tali leher pula.
Bahagian Akademik, UPM ni perlukan barangan konvokesyen seperti :
1. Kasut hitam formal perempuan yang bertutup.
2. Kasut hitam formal lelaki yang bertutup.
3. Tali leher (bercorak / plain).
Moga usaha yang kecil ini dapat la berkhidmat buat pelajar yang mempunyai masalah kasut tak sesuai atau kasut yang sudah rosak. Terima kasih semua yang berkongsi rezeki. Kalau ada yang nak berkongsi rezeki, boleh terus ke Bangunan Canselori, UPM tu kat Tingkat 1 Bahagian Akademik. Cakap la nak sedekah kasut / tali leher untuk konvokesyen. Kalau tanya macam mana tahu...boleh je bagi tahu nama blog ni. Saya tolong promote je. Tak dapat apa2 pun saya ya....kita bantu mana yang boleh.
Nak buat something la untuk Universiti Dania ni....😊
XOXO,
Ezna

waahhhhhh bagusnyaaa usaha cmni blh jgak dpt kongsi bantu anak2 yg kurang bkmmpuan semasa convo kan sis ezna :)
BalasPadamYa kawan akak yang nama Ana ni yang cerita. Kesian pula kisah ada pelajar pakai kasut tercabut tapak tu....
Padamoh ada eh sumbangan cara gini tak pernah pun ammi tau. tapi hebatlah seketul ummi yang cakna sangat dengan keperluan orang lain
BalasPadamAh ah ada juga Ammi....kebetulan tau ada sumbangan dalam bentuk ni. Kita cuba bantu la sikit2.
PadamTerbaek la ezz.barakallah fiik.waa lama tak dgr khabar kwn contest kita tu..fuhh 100g gold bar if hari ni value lebih rm70k laaa
BalasPadamTak sangka pula rupanya kat UPM pun ada gang contest. Hehehe. Ya sempat la bercerita zaman kegemilangan dulu tu. Hehe....kejap je la Suzz...tak nak kacau Ana buat kerja.
PadamTaktau pulak ada sumbangan macam ni. Cantik yang Alain Delon tu.
BalasPadamooo ada sumbangan mcm ni rupanya... kat u lain agaknya ada ke buat mcm ni jg? rs mcm tak ada je...
BalasPadamEh bagus juga ada sumbangan macam ini kak 😍😍. Memang membantu pastinya untuk mahasiswa dan mahasiswi yg kurang mampu dari segi ekonomi 👍👍👍
BalasPadamBagusnya Kak Ezna..semoga dipermudahkan urusan Kak Ezna sekeluarga sebab membantu yang memerlukan, Aamiin...
BalasPadamTahniah Ezna, bantuan yang murni sekali.
BalasPadamBadu tau boleh bagi sumbangan kat student yg kurang berkemampuan...menarik..
BalasPadamsemoga dipermudahkan urusan kak ezna. bagus sgt usaha saling membantu tu.
BalasPadamsaya baru tahu pihak U ada buat benda camni. inisiatif yg bagus, sebab bukan semua pelajar dtg dari keluarga yg berkemampuan.
BalasPadamsemoga Allah murahkan rezeki buat kak ezna
Memang sangat2 membantu bagi yang mana kurang berkemampuan
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.