Bunga ros jepun, meow dan Sir MC Plus

Masa nak menghantar kasut konvokesyen tu, berdekatan dengan Bangunan Canselori tu, bunga ros jepun tengah mekar. Kena la ambik gambar sebab cantik. 


Ada pelbagai warna nampaknya seperti merah jambu, jingga dan kuning. 


Ni pula warna merah jambu. Ada juga nampak kudup yang belum kembang mekar. 


Nampak juga Oyen ni....nampak ok je. Selalu Oyen kan naughty. 


Nampak juga banner ni. Dania kenal sangat muka kat banner ni. Tak lain tak bukan Sir Faizul yang Dania pernah la kelas online dengan Sir Faizul masa join MCPlus tuition online tu. Masa tu Dania ambil tuition online ni masa nak SPM dulu. Sir Faizul ajar Dania Bahasa Melayu. 

Bila google Sir Faizul ni atau namanya Dr. Muhammad Faizul Abd Hamid sekarang ni lecturer kat Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM di Jabatan Bahasa Melayu. Dania kata dulu lepas MCPlus, Sir Faizul masuk pulak tuition center PTTI. 

Sekarang ni kat UPM pula....patut la UPM promote Dr. Faizul ni sebab PHD pun kat UPM ni. 


Cerita pula result SPM....jeng jeng macam dekat-dekat je nak keluar kan?. 




XOXO,
Ezna










 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.