Bazar Ramadan depan Hotel Tenera

Masa hari sabtu 28 Feb 2026, hubby kata tak payah masak...kita nak pergi kat Bazar Ramadan depan Tenera. Kami parking kat depan kilang Carrier aircond tu. 



Jalan-jalan dulu tengok apa yang menarik. 


Roti Khurasan....




Popiah S.S Ali ni dulu-dulu arwah papa suka beli masa balik kampung kat Ipoh. Memang mulanya menjual di gerai kecil di Pasar Malam Ipoh. 



Ok...kami nak membeli kat sini. Mulanya Dania nak makan pasta tapi dah biasa sangat makannya. Akhirnya pilih Fish & Chips. Jadinya beli 1 set 2 Fish & Chips dan 1 set 3 Fish & Chips. 


Dah selesai membeli, moh la kita balik. 


Set Fish & Chips ni ada sos garlic dan mustard sekali. Sedap la rasanya. 


Popia S.S. Ali. Popia basah macam ni kena makan cepat2. Kalau simpan takut basi je. 


Martabak Sabah. 


Cream Caramel ni Dania yang request. 


Ada satu ikan tu yang tak habis jadi simpan untuk sahur. Sahur saya buat nasi goreng je kemudian makan la dengan ikan Fish & Chips tu. Kenyang juga. Alhamdulilah. Gambar nasi goreng tak ambik pulak. 




XOXO,
Ezna



 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.