Study dengan kawan di Perpustakaan

Masa cuti study week baru-baru ni, Kawan Dania nama Iman yang sama-sama kerja kat Alamanda tu ajak Dania study kat Perpustakaan Cawangan Hulu Langat kat Bangi ni. Ni lah first time ke Perpustakaan ni selepas renovasi. Dulu masa Dania sekolah dulu tuition 1-1 dengan cikgu Nadia dan cikgu Qashishah diadakan di sini. 

Lepas breakfast, drop Dania kat sini. Dania tiba awal dari kawannya Iman. 



Dania kata meja semua penuh. Masa ni jam 10.30 pagi. Siap dah IPad dan test pad Dania ni. 


Dania ambik beberapa gambar perpustakaan ni. Saya pun tak pernah masuk sekarang ni. 


Dania kata nak masuk perpustakaan sekarang ni kena buka kasut. Dulu memang boleh pakai kasut. Lantainya juga ada carpet berbanding dulu hanya jubin. 


Kalau nak pinjam buku pun boleh. 


Ni sudut kanak-kanak dan pintunya bertutup. Kalau dulu, ada kanak-kanak dalam ni...kalau study kat bawah memang bising sikit la jawabnya. 


Tangga naik ke tingkat atas ni berkaca. 


Dari tempat Dania study. 


Dania dan Iman. 


Ada booth nak beli minuman dan makanan kat bahagian atas perpustakaan. 

 

Ada meja jenis macam ni juga. Pendek kata memang selesalah kalau nak study kat perpustakaan sekarang ni. Ada penambahbaikan la selepas direnovasi. 


Deko di dalam perpustakaan ni cantik pula bagi saya. 


Mungkin student universiti yang belajar kat sini. Mungkin dari UKM atau UPM la kot. Musim final exam sekarang ni. 


Dania suruh ambik jam 3 petang. Sempat la saya berehat kat rumah ni ha. Dania solat Zohor pun kat library sebab katanya selesa. 

Penduduk sekitar Bangi boleh la ke perpustakaan ni untuk study ya. Memang selesa sangat. 





XOXO,
Ezna

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.