Kami berkesempatan untuk menghadiri kenduri anak kepada jiran pada 14 Feb 2025. Pada 14 Feb 2025...kami ada jemputan 3 kenduri. 1 terpaksa tak pergi.
Majlis bermula jam 11 pagi jadi 11 lebih kami dah tiba sebab majlisnya dekat je dengan rumah kami ni. Majlis diadakan di Royal Park Hotel, Uniten. Anak Kak Bai sebelum ni pun buat kat sini juga which kami pun pergi juga. Royal Park Hotel ni kebetulan manage by jiran kami yang lain pulak. Jiran satu taman. Berani invest juta juta ya. Ada restaurant juga ownernya iaitu MZ Cafe Bangi.
Ini area nak ambik minuman dan makanan. Kat luar pun ada juga.
Pelamin dalam dewan.
Orang masih tak ramai jadi boleh makan tenang2 je.
Tak sempat nak tunggu pengantin pun sebab nak rush ke majlis perkahwinan anak kepada sepupu hubby pula kat Kem Wardieburn, KL pulak.
Marilah kita makan ya. Saya ambik laksa. Laksa ni pun dari jemaah surau kami. Saya orang first tunggu sampai dia siap set up laksanya. Hehe.
Ni la tuan rumahnya. En Yusri dan Puan Nor Baizura. Rumah kami selang sebuah rumah je. Saya panggil Kak Bai je.
Amboiiii Kak Bai pegang tangan Dania ke tu?....
Ummi dan Ayah Dania sedondon la.
Lagi gambar....
Dekat lobi ni banyak pula tanglung sempena kedatangan Tahun Baru Cina.
Ada anak Kak Bai yang bongsu tak dapat attend malis abangnya. Masih kat UITM sebab ada Final Exam. Tapi....abangnya dah buat majlis nikah sebenarnya pada 7 November 2025 tahun lepas. Bersamaan birthday Dania pulak tu. 😁. Kak Bai dapat menantu perempuan orang Melaka.
Ni lah lobi Royal Park Hotel.
Bunga telur yang kami dapat....ada lagi tisu dan cookies. Takde gambar pula.
Lepas ni majlis yang kedua pulak.
Apa pun tahniah Kak Bai dan suami telah terima menantu. Moga pengantin hidup aman damai sehingga ke akhirnya.
Ezna





Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.