Sehari lepas Dania final exam to be exact 13 Feb 2026, saya dan Dania ke IOI City Mall lagi. Lepas Dania habis final exam cuma makan-makan je. Lepas tu balik. Nak explore lebih lebih IOI City Mall tu tak la.
Kali ni saya booking sesi mengurut aromaterapi selama 90 minit. Nak kena ada Me Time juga ni. Dania masa ni ikut la nak jalan-jalan ke mana pun. Janji lepas 90 minit jumpa ummi kat sini balik.
Lepas sesi mengurut, nak mencari nak makan apa pula sebab dah jam 1 lebih dah pun. Perasan tak kali ni gang beg sama la saya dan Dania. Dania kata teringin nak makan Jollibee. Jom la kita. Dari tempat mengurut ni kena jalan sampai ke hujung ya. Fuhhhh kalau jalan kat IOI City Mall ni boleh menyebabkan kaki kita ni exercise ya.
Dania perasan ada seorang kawan saya makan kat sini jugak. Ambik gambar dan tanya khabar dululah. Kak Zu pula perasan Dania dan kata muka Dania macam muka cina. Hmmm saya rasa sebab ikut muka ayah dia la.
Kak Zu ni dulu ni pernah sebilik dengan ummi kat Apartment Sri Permata belakang Hotel Concorde. Dulu, rasanya tak ada penempatan kolej untuk degree di UITM Shah Alam jika alamat di Selangor. Terpaksa la menyewa. Lepas tu jumpa balik kat SMK Jalan Empat sebab aktif masa KSIB dan PIBG. Anak-anak Kak Zu dah ada yang nak intern setelah selesai Bachelor in Medical Imaging (Unisza), ada anak yang dah habis Diploma Sains dan nak sambung Chemical Engineering pulak kat UITM. Sebelum tu score dekan masa Diploma. Anak last pula ambil Computer Science kat Uniten. Lepas tu Kak Zu tanya Dania ambik apa kat UPM....Dania bagitahu la. Kak Zu kata anak-anak kita berjaya Ezna....Alhamdulilah....semua dapat masuk IPTA. Berkaca pula mata saya masa ni....sebak rasanya. Jadi anak-anak kami ni semua ambik aliran STEM (Science, Engineering, Technology, Mathematics).
Berkat guru-guru di SMK Jalan Empat juga ni. Masa batch anak2 kami ni ada hanya aliran Sains Tulen Agama dan Sains Tulen sahaja. Bahasa ketiga ada Bahasa Jepun dan Bahasa Tamil. Agaknya sebab Sekolah Berprestasi Tinggi...nak samakan macam SBP cuma ada aliran Sains Tulen je. Kalau tak minat Sains Tulen memang kena tukar sekolah. Anak-anak kami stay untuk aliran Sains ni. Sekarang ni baru SMK Jalan Empat ada aliran lain. Tu agaknya Dania dah terbiasa dengan aliran sains sampai tak minat aliran selain daripada sains ni. Lebih suka subjek Biologi, Fizik dan Kimia tu ha. Ikut anak-anak la kan...ada minat, ada pula sebaliknya.
Dah bertanya khabar barulah saya makan. Dania pilih spaghetti dan ada ayam goreng.
Burger chicken saya. Eh...keciknya. 😅
Lepas tu ke Bayu Somerset pulak. Saya belikan Dania square scarf ni. Nama scarf ni Calanthe. Sedondon la dengan baju kurung Dania. Dania kata baju kurung design ni macam awam sebab jumpa je kat mana-mana.
Warna vibrant Bayu Somerset. Saya suka masuk kedai ni.
Kat IOI City Mall ni ada hiasan tahun baru cina.
Tema Strawberry Matcha ke ni?.
Singgah CU pulak makan ice cream. Aktiviti santai ummi ajar dari kecik. Dah besar sukalah Dania dengan ice cream.
Tak senonoh la gambar Jung Kook yang ni ummi....laaa bukan Dania minat ke?.
Singgah masuk Machino pulak. Sebelum ni brand Brik. Ni brand baru pulak nama Machino.
Comel la handbag ni. Kalau anak muda pakai memang comel sangat.
Ni material corduroy pulak.
Jalan-jalan je la dekat Machino ni. Tak beli apa pun. Saya dan Dania 4 jam juga la habiskan masa kat sini.
XOXO,
Ezna

















Benda paling SA suka buat berdua dengan my Dania...window shopping...
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.