Hubby ajak makan tengahari kat Alamanda. Apa lagi tersenyum la saya. Hehe. Ni cerita hari ahad lepas ni sebab lepas tu hubby nak ke KLCC sebab nak tengok rider MotoGP live ya. Pemain MotoGP ada event kat KLCC nun. Hubby saya perasan sekarang ni nak ke mana-mana mesti ajak. Dulu ok je kalau MotoGP ni kami tak nak pergi sebab dia tahu isteri dan anak tak minat pun. Hubby ada ajak tapi Dania tak nak sebab ada paper final tak selesai lagi. Nak study katanya.
Ok lah....kita makan kat food court la ya. Saya pilih Sizzling Yee Mee dengan jejari ketam. Sedap tapi tak berapa lalu nak makan. Mula dah peel tak lalu makan ni. Kadang2 jadi macam ni.
Dania pilih Mac & Cheese. Rasanya sedap.
Hubby pilih mi tarik.
Lepas makan, singgah beratur kat Rotiboy pula. Dah kenapa?
Nak beli Pocketboy. Kalau pergi hari minggu ni memang kena beratur la nampaknya. Nak tenang kena pergi hari biasa. Depan kami beratur rasanya student UKM. Tak jauh la UKM dengan Alamanda ni.
Pocketboy dua share bertiga. Ada perisa vanilla campur chocolate dan lagi satu vanilla sahaja. Hubby tak pernah merasa lagi Pocketboy ni. Tu yang nak rasa tu.
Kami makan kat sini dululah. Penuh juga la orang duduk makan kat sini. Gara-gara Pocketboy ni la.
Tapi...tu la Pocketboy ni sekarang ni hanya ada kat Rotiboy Alamanda ajer. Dania dan ummi pakai handbag sama.
Nanti saya cerita pula masa hubby pergi event MotoGP kat KLCC tu.
Ezna






wah..dia dah rasa pocketboy la...memang ada kat Alamanda kan...tempat lain xde...erm..bertabahlah SA kalau nak ke Alamanda...
BalasPadambanyak mee tarik incikSuami tu
BalasPadambila la rotiboy nak buka di kuantan..saya suka tengok ibu dan anak matching
BalasPadamtu laaa kenapa ada kat alamanda je... jauh laa nak pegi hehe
BalasPadamohh ada kat cawangan alamanda jeke? ingtkan tmpt lain pun ada.
BalasPadampatut ramai bebenor
Kalau di Malaysia pocket boy hanya ada di roti boy Alamanda, artinya di jakarta pun tak akan ada yaaa 😅😅😅. Padahal teringin nak coba
BalasPadammenariknya mi tarik tu.
BalasPadamOoo ada motorGP ke..patutlah dari minggu lepas nampak ada macam glasshall kat seberang office...
BalasPadamAduhhh...kalaulah Rotiboy ada lagi kat KLCC, mesti ada yang pocketboy nih Kak Ezna..mau saya sama beratur dengan yang lain...frust jugak, elok saya pindah ofis depan ni elok pulak tutup permanently...kalau tak mesti melintas je dah bau Roti Boy wangiii..
i lom try lg pocketboy niiiii
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.