Lepas lunch, makan ice cream roti pulak

Hubby ajak makan tengahari kat Alamanda. Apa lagi tersenyum la saya. Hehe. Ni cerita hari ahad lepas ni sebab lepas tu hubby nak ke KLCC sebab nak tengok rider MotoGP live ya. Pemain MotoGP ada event kat KLCC nun. Hubby saya perasan sekarang ni nak ke mana-mana mesti ajak. Dulu ok je kalau MotoGP ni kami tak nak pergi sebab dia tahu isteri dan anak tak minat pun. Hubby ada ajak tapi Dania tak nak sebab ada paper final tak selesai lagi. Nak study katanya. 

Ok lah....kita makan kat food court la ya. Saya pilih Sizzling Yee Mee dengan jejari ketam. Sedap tapi tak berapa lalu nak makan. Mula dah peel tak lalu makan ni. Kadang2 jadi macam ni. 


Dania pilih Mac & Cheese. Rasanya sedap. 


Hubby pilih mi tarik. 


Lepas makan, singgah beratur kat Rotiboy pula. Dah kenapa?
Nak beli Pocketboy. Kalau pergi hari minggu ni memang kena beratur la nampaknya. Nak tenang kena pergi hari biasa. Depan kami beratur rasanya student UKM. Tak jauh la UKM dengan Alamanda ni. 


Pocketboy dua share bertiga. Ada perisa vanilla campur chocolate dan lagi satu vanilla sahaja. Hubby tak pernah merasa lagi Pocketboy ni. Tu yang nak rasa tu. 


Kami makan kat sini dululah. Penuh juga la orang duduk makan kat sini. Gara-gara Pocketboy ni la. 


Tapi...tu la Pocketboy ni sekarang ni hanya ada kat Rotiboy Alamanda ajer. Dania dan ummi pakai handbag sama. 

Nanti saya cerita pula masa hubby pergi event MotoGP kat KLCC tu. 




XOXO,
Ezna
 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.