Lepas kenduri anak jiran tu, kami ke Kuala Lumpur pula untuk majlis perkahwinan anak saudara kepada hubby pula.
Majlis diadakan di kem Wardieburn. Sebelum masuk dah ada askar pegang senapang dah. Masa keluar kem pun sama.

Depan dewan ni cantik dengan hiasan cermin.
Ada arch berbunga yang penuh bunga. Cantik...
Ni makan kat luar dewan berdekatan dengan gerai makanan kat luar. Macam cafe pulak konsepnya. Jadi tak tertumpu kat dalam dewan la.
CKT ada...banyak juga pilihan makanan kat sini.
Laksa....
Soto....kalau tengok yang menyediakan tu macam askar.
Putu piring. Lama tak makan...
Dania ambik 3. Sorang satu merasa.
Goreng-goreng. Saya ni ambik gambar je tapi tak ambik pun goreng pisang ni.
Cendol. Tukang buatnya askar.
Pilihan air pun banyak. Saya ambil air detox.
Kuih-muih.
Suasana dalam dewan.
Anak saudara suami yang lelaki ni. Cantiknya yang perempuan.
Dania dengan sepupu nama Adam. Anak saudara saya la Adam ni. Anak kepada abang ipar saya. (Abang hubby). Masa kecik-kecik Adam kata Dania girlfriend dia. Bila saya tanya kenapa suka Dania? Sebab Dania putih. Time tu Dania 6 tahun dan Adam 5 tahun. 😅. Mak Adam cakap toksah la pilih perempuan berumur ni. 😆. Berseloroh je la kan....kalau boleh tak digalakkan la kahwin sepupu ni kan. Pilih yang takde kena mengena dengan keluarga kita unless saudara jauh la. Ni saudara dekat.
Tapi bab kahwin lelaki muda ni ada seorang kawan saya kahwin dengan lelaki setahun muda. Hidup rukun aman damai je.
Hubby dengan Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Dato' Pahlawan Asri Shukor. Sepupu hubby isterinya. Saya tak tahu sangat pasal pangkat ATM ni tapi kalau dalam filem Paskal, Hairul Azreen panggil Eizlan tu Panglima. Nampak macam diantara rank tertinggi juga.
Haaa mesti nak cari Aisyah ni. Aisyah ni anak Asri. Hubby panggil Asri je la. Abang Aisyah yang kahwin ni. Dulu kecik-kecik je. Sekarang masing-masing senang ambil Ijazah. Aisyah ambil Ijazah Sarjana Muda Audiologi kat UIA.
Throwback gambar Dania, Awatif dan Aisyah berlarian kat sawah padi masa kecik.
Masing-masing dapat duit raya kat rumah kakak ipar saya Kak Zaharah.
Dari kiri : Awatif, Aisyah dan Dania
Comel mereka ni masa kecik-kecik. Saya bersyukur juga ambil gambar kenangan masa kecik.
Dania dengan Awatif kat tepi sawah.
Saya tak lupa juga nak ambik gambar Awatif ni. Balik kampung mesti cari dia. Dari kecik Dania baik dengan Awatif ni. Main masak-masak. Ambik bunga Tok Robiah kemudian main masak-masak. 😅. Tok Robiah ni mak hubby.
Nak bergambar berdua mereka je ya sebelum.....😆
Terselit pula sepupu hubby....alahai....takpe la ambik je la gambar kan. Katanya lama tak jumpa jadi bila ternampak Dania, saya dan hubby excited la kan. Insya Allah kami balik raya nanti.
Akhirnya....terlupa nak ambik gambar saya sebab sibuk ambik gambar orang kan. Alhamdulilah....seronok juga berjumpa saudara-mara belah suami. Kita tak tahu bila pula kita dapat berjumpa kan....
Keluarga Awatif ni raya kedua mesti buat makan-makan bakar ikan. Meriah dan sedap ikan yang dibakar bapa Awatif ni. Terasa-rasa kesedapannya dengan perapan tu fuhhhh....
Kepada Sharifah & Asri, selamat terima menantu dan kepada pengantin....moga berkasih-sayang sehingga ke syurga.
XOXO,
Ezna







Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.