Kenangan awal ramadan 1 & 2

Masa hari pertama menyambut bulan Ramadan, inilah masakan saya. Lala bercili. Daun sup dan daun bawang ni memang kami suka tapi bila kacau tak nampak la selambak atas ni. 


Hubby minta masak kucai jadi saya buat kucai dengan telur. 


Balik kerja hubby singgah dekat gerai Uniten beli kuih muih. Cakoi, popia basah, popia goreng. Kurma tu memang dah sedia ada. 


Masakan hari kedua pulak...ada daging masak Pah saya, ayam bercili, sambal dan bendi celur. 


Ada jiran bagi bubur lambuk 2 bekas sebab nak bertolak ke Arab Saudi sambut puasa kat sana pulak kat rumah anaknya yang bekerja sebagai jururawat kat Arab Saudi. Sedap bubur lambuknya style orang utara. 


Ni pula malam yang first berterawih. 


Saya jalan kaki seorang je sebab Dania tak sihat. Badan panas. Rasa tak lengkap je. Hubby sibuk sebelum terawih lagi sebab persiapkan surau. 

Sejadah muka adik saya bagi, baju kaftan batik...kawan saya Emi bagi dan telekung dapat hadiah dari Mulan sempena komen terbanyak. 


Ni pula hari kedua. Ceria la sikit sebab best friend ada sekali. 😊. Dania dah kebah demamnya. 


Alhamdulilah. Moga yang baik-baik ajer bulan Ramadan ini ya. 




XOXO,
Ezna

 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.