Kenalan zaman persekolahan

Bila dapat jemputan dari Lily pada 15 Februari 2026 tahlil, doa selamat sempena masuk rumah baru, pertambahan usia, kedatangan bulan yang mulia.....teruja saya untuk attend sebab apa?. Lily ni kawan saya masa sekolah rendah lagi. Kalau saya kenal masa tadika memang lagi lama saya kenal tapi tak kenal pulak masa tadika. Saya juga pengapit Lily masa Lily kahwin. Kof Kof (konon batuk la) ± kiranya saya berkawan dengan Lily selama 43 tahun dah. 

Dari kiri : Hana, Azlili, saya, Shazmeen dan Mariam. 
Hana kawan sekolah menengah, Meen pun kawan sekolah menengah. Tukang ajar saya Prinsip Akaun. Time tu Meen asyik balance je akaun imbang duga dan memang terer pun. Sampai UK belajarnya tu tajaan JPA kot. Mariam pula baik dengan saya masa Darjah 5 tapi lepas tu fly ke UK ikut ayah sambung study. Satu family ke sana. Saya jumpa balik masa Form 4 sebab Form 1 - 3 saya kat Sekolah Agama. Tak nak duduk sebelah saya dalam kelas sebab saya suka bercakap. 😆 Lepas tu saya duduk dengan Norazian dalam kelas. Hmmmm maknanya dari sekolah la peel saya suka bercakap. Tapi....group kami ni ok la pencapaiannya dalam kelas. 1-3 tu selalunya dari group kami la. Jenis tak ponteng kelas....budak baik la kiranya. Bukan nak puji saya tapi kawan-kawan saya ni. Saya dapat aura dari merekalah. 

Norazian tak dapat attend sebab dah kat Sg Petani, Kedah ambik anak dah selesai exam di UITM Merbok. Norazura pula tak dapat datang tak sure sebab apa....


Kena ambil gambar dulu sebelum Lily sibuk ke sana ke mari sebab tuan rumah kan. 


Muka kami yang dah tambah lagi usia tahun ini. Moga kita dapat menua bersama ya. Elok la makin kita berusia ni kita kena pilih-pilih kawan yang boleh membawa kita kepada kebaikan. Takut tergelincir di garisan penamat je nanti. 

Circle saya pun makin mengecik. 


Muka innocent tapi tak ingat F4 ke F5. 

Dari kiri Mariam, Azlili, Norazian dan Norazura
Bawah : Saya, Shazmeen

Hana masa ni kelas lain. Kiranya sederet gak la kelas kami. Masa ni kelas kami ramai cina dan india pun ada. Sekelas baik-baik ajer takdelah racist bagai macam sekarang. 


Dania bergambar dengan anak Lily nama Nureen yang juga penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya dah kenal Nureen ni semenjak dia lahir la.


Macam doll Nureen ni. Dulu...masa kecik-kecik Dania kecik je daripada Nureen. Beza bulan je. Nureen lahir bulan Januari dan Dania bulan November. Bila dah besar ni Dania lagi tinggi pulak. 


Gambar lagi. Nanti boleh la tengok perubahan beberapa tahun akan datang kan. 


Nureen dan adik beradiknya. Adik Nureen, Nur Irdeena pun dah lepas SPM dah. Tengah tunggu result la ni. Tengok Dania kecik je kan? Masa ni tengok Disney On Ice ni. Eh eh ada je post saya ni throwback gambar-gambar lama ya. 


Pokok rumah Lily pun masuk dalam gambar. Hehe


Lily beli rumah hujung sekali. Sebelum ni duduk tengah deret yang sama. Nak panggil lori pindah rumah agaknya tak nak kot sebab selang beberapa rumah je nak pindahnya jadi katanya import kawan-kawan anak yang gagah perkasa tolong angkat barang-barang dari rumah lama. Pukul 3 pagi pun ada juga tolong angkat2 barang sampai jiran2 mengintai la. Hehe


Dalam rumah Lily. 


Nak solat? Ada ruangnya kat sini. 


Adik Nureen, Nur'aeen yang ada lesung pipit tu. Belah kiri sekali. Sekarang ni kat GMI ambil Diploma. Dekat la dengan kakak area yang sama je.  Aeen dan kawan-kawan. 


Ruang dapur Lily cantik ada island kat situ. Jubin lantai tu cantik....saya suka designnya. 


Dapur mengadap halaman yang luas. 


Bahagian hadapan rumah. Meja belah kiri tu meja desserts. Ya allah banyaknya pilihan dari karipap, roti jala, kuih-muih yang lain. Gambar je saya tak ambik. Kalau kata macam ala ala meja menjual kuih pun ya jugak. Hehe. Aterrr dah banyak nau pilihannya. 


Kat luar ni ada katering la yang handle makanan. Ada khemah juga. 


Kuih ni saya ambik tapi tak tahu nama. Kakak Lily kata ada orang bagi dan kata ni kuih orang Thailand. 


Hujung rumah Lily ni ada kebun komuniti. Nak tanam apa pun silakan. Nanti hasilnya nanti boleh ambik je. 


Terima kasih Lily kerana menjemput. Moga persahabatan kita kekal sehingga akhirnya. Lepas ni boleh tengok anak-anak kami berkahwin pula. Haaa time tu berubah dah la mukanya. Time ni anak masing-masing kat Institusi Pengajian Tinggi. Kawan Dania ada juga yang dah kahwin. Lelaki....lepas SPM kerja jadi tukang gunting rambut kat IOI City Mall tu. Dah ada kerjaya dah kan.....Ada juga kawan sekolah rendah Dania yang perempuan baru je bertunang. Dania ni tunggulah selesai komitmen belajarnya. Insya Allah lepas tu baru lah fikir yang lain. 

Moga baik-baik ajer untuk anak-anak kita semua ya. 

You alls masih berkawan ke dengan kawan-kawan sekolah?. Tak kiralah sekolah rendah ke sekolah menengah ke....




XOXO,
Ezna

5 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. bila jumpa kwn2 sekolah...ank2 dh besar...kwn kita ada yg dh dpt menantu sbb depa kawin awal so ank2 dh besar..rare kuih tu

    BalasPadam
  2. comel2 belaka!! moga frenship till jannah!

    BalasPadam
  3. Lamanya Kak Ezna berkawan..bagusla...
    Samalah..saya pun makin small betul circle saya dah sekarang ni Kak Ezna...
    Masa dah makin takde (lagi-lagi bila anak dah start sekolah ni)..lebih banyak dengan family sendiri je atau mana-mana yang sempat...
    Muka Kak Ezna lainlah masa sekolah dulu....

    BalasPadam
  4. besar dan luas lamannya.. best tu..
    seronok dpt jumpa kawan2 lama ni.. mesti banyak benda dapat diborakkan tu

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..Seronok brkumpul mcm ni =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.