Lepas tengok gajah tu, saya dan Dania masuk Dewan Sri Siantan. Kenapa la beria nak masuk sini?
Kat sini ada Karnival Jom Masuk Universiti 2026. Kat sinilah perhimpunan semua Universiti kat Malaysia ni.
Ada jadual aktiviti juga kat sini.
Masa pergi ni hari jumaat jadi crowd dia takdelah ramai sangat. Ni yang adik saya nak pergi ni. Nak bawa anak saudara saya explore kat sini sebab tahun ni nak SPM. Jadi, mungkin boleh bagi idea nak masuk bidang mana.
Kalau nak masuk UPNM. Kemain luas lagi booth dia. Tapi...bab kes kat Universiti ni membimbangkan.
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ada menawarkan Asasi STEM yang pelajar sains sosial juga boleh memohon. Jadi, jika ada pelajar sains sosial yang nak masuk bidang sains masa Ijazah nanti boleh memohon Asasi STEM di UMT ni. Kalau kat Universiti lain tak ada tawaran macam ni ya sebab universiti lain tu mengikut aliran yang kita ambil. Kalau aliran sains sosial tak boleh apply program aliran sains.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kalau kat UPSI ni bukan tiket untuk mendapat tempat menjadi seorang guru secara automatik tetapi hanya di Institut Pendidikan Guru (IPG). Kena melalui tapisan yang ditetapkan. Pelajar lepasan Ijazah kena ambil Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di IPG untuk melayakkan menjadi seorang guru. Universiti tempatan lain pun ada menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Kena check la UPU pocket tu.
Universiti Utara Malaysia, universiti yang berfokus dalam pengurusan.
Universiti Malaya ialah universiti penyelidikan yang terbaik di Malaysia. Kalau dalam ranking dunia dalam Top 100.
Kementerian Pendidikan ni fokus kepada pengajian matrikulasi. Dania dulu pun ditawarkan Matrikulasi di Melaka.
Universiti Kebangsaan Malaysia juga salah satu universiti penyelidikan di Malaysia. Kalau di Malaysia ni universiti di tangga Top 5. Memartabatkan bahasa kebangsaan dalam kuliahnya.
Saje ke sini sebab nak tengok booth UPM. Semangat keUPMan ni kuat betul. Tak nampak pula sesiapa yang dikenali di sini. Lepas tu kena tegur la ya Puan....anak nak ambik Asasi ke? Tak la anak pun ASPer dulu kat UPM. Sekarang ni dah degree di UPM. Dia ingat Dania baru nak degree kat UPM lepas asasi. Saya cakap dah tahun 2 dah. Dapat la leaflet Postgraduate Studies pulak. Lepas tu saya minta la kipas kat atas meja ni ha....boleh la buat kipas dengan cuaca panas kat luar ni. 😅. Selalunya kat event dapat la kipas UPM ni. Ala kipas dari kertas tu tapi keras sikit kertasnya.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pun ada. Universiti penyelidikan ni memang terkenal dengan kejuruteraan. Hubby pun lepasan UTM. Memang mulanya berminat nak ambik UTM tapi lepas SPM tu dapat Diploma di UPM. Masuk UPM dulu. Kemudian degree, apply UTM. Time tu hubby kata UTM hanya akan ambik pelajar yang apply UTM pilihan pertama. Kalau pilihan pertama universiti lain, alamatnya tak dapat la. Time tu la ya. Sekarang ni berdasarkan meritokrasi (guna sistem komputer). Tak ada campur tangan manusia.
Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Universiti tempat Suzi mengajar ni.
UCAM, Kolej Universiti Dania SA pun turun juga ke Putrajaya.
UITM pun ada cuma saya tak ambik gambar. Siap humming lagu anak kecil main api.....teringat la masa baru masuk kena nyanyi lagu ni.
Ada manicure pula kat Pusat Giat Mara.
Dulu, masa nak cari info untuk Dania masuk pra universiti memang saya akan ke pameran macam ni. Dari situ banyaklah saya dapat info. Kadang anak ni tak tahu nak ambil apa. Kita la yang kena guide dan boleh la tambah ilmu tanya mereka yang anaknya terlebih dulu masuk pra universiti. Dulu kan saya tahu pasal Asasi Sains Pertanian dekat UPM ni sebab salah seorang ahli PIBG kat SMK Jalan Empat sekolah Dania dulu ni Dr. Marina yang merupakan Pengarah Pusat Asasi kat UPM. Dari situ saya cari info. Lepas tu ada anak kawan pulak masuk asasi kat UPM. Jadi saya cari lagi info dari anaknya.
Dania dulu cakap minat nak ambik Sains je tak nak bukan sains sebab tak minat, jadi banyak la info kena cari pasal bidang sains ni kan. Kalau anak tu macam tak nampak halatujunya haaa kita la sebagai ibu bapa kena bantu juga cari maklumat. Masa isi UPU pun Dania akan duduk bersama saya apply sama-sama. Saya tak serahkan bulat-bulat kat Dania. Mulanya Dania kata tak minat la nak menanam ke, petik sayur-sayuran ke...sebab saya cerita la anak kawan buat apa untuk Asasi Sains Pertanian kan....sekali...bila Dania sendiri experience benda tu masa asasi...dia enjoy dan asyik cakap yang pilihannya untuk masuk Asasi Sains Pertanian, UPM adalah yang paling tepat. Sebab time asasi bukan hanya duduk di kelas tapi ada amali kat luar macam tolong orang berniaga di Pasar Tani usahasama dengan Fama, rombongan ke kilang pertanian, kena pergi kem, kena bercucuk tanam, up close and personal dengan haiwan, berlarian dalam sawah....jadi masa subjek Pertanian ni memang mereka enjoy selain ada la subjek sains seperti Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Selain daripada itu, saya join facebook group 'Halatuju Pendidikan Selepas SPM'. Banyak input tentang pendidikan dalam tu. Ada diskusi juga dalam tu. Menarik....
Masa Dania Pra Universiti, Dania dapat 12 penempatan. 10 penempatan apply untuk backup jika tak dapat penempatan di aplikasi UPU (Unit Pengambilan Universiti). Ummi Dania panik jadi buat la permohonan kat tempat lain jugak. Hehe. 1 pula tak payah buat permohonan sebab dapat secara automotik iaitu penempatan di Tingkatan 6. Jadi, semuanya 12 penempatan yang Dania berjaya dapat. Alhamdulilah.
Boleh baca di sini. Moga dapat memberi inspirasi kat mana lagi boleh buat permohonan selain dari UPU. Kita kena ada back up juga kan sebab penawaran program di UPU sangat kompetitif dan saingan sangat sengit. Jadi jika ada back up boleh la ke arah penempatan selain permohonan dalam UPU ni. Jadi siap-siap apply tempat lain juga selain di UPU.
Anak saudara saya pun berderet lagi kat bangku sekolah. Soon akan masuk juga Universiti.
Ok....selepas dari Karnival Jom Masuk Universiti 2026 ni ada juga area tempat makan kat sini. Tak silap saya area sini macam menghidangkan minuman berasaskan kopi.
Kat sini pula Fantastic Food Fest by KakNab.
Macam-macam la gerai kat sini menghidangkan macam-macam menu.
Kek kapas Jepun pun ada.
Sediakan duit aje la.
Lalu area sini sebab saya dan Dania nak ke tempat parking. Tak singgah pun beli apa-apa. Saya dan Dania ambik masa 2 jam juga pusing-pusing kat Hari Terbuka Putrajaya 2026 yang dimulai dengan tengok Pian dan Lepar. Banyak juga aktiviti yang diadakan. Ada juga pameran outdoor kat sini.
***Dania first paper Final Exam hari ni iaitu Animal Nutrition. Moga berjaya menjawab tepat mengikut skima pemarkahan ya Dania. Paper Prof Anjas Asmara.
XOXO,
Ezna
wahhh ada booth UIAM jugak tu! my ariff pun i tak sure dia nak masuk uni mana nanti...yg straight forward, masuk UIAlah sama mcm zharfan. apa2 pun tgk result SPM ariff nanti camner, moga2 dpt straight A insya Allah
BalasPadamNice sharing
BalasPadamsemoga yang baik2 untuk anak kita...risau juga zaman sekarang ni.. moga dania dapat jawab paper dengan baik..aamin
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.