Kat sinilah yang Dania nak sangat pergi ni. Nak jumpa Pian dan Lepar. Dibawakan khas dari Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah, Pahang. Dania pernah la Kuala Gandah ni masa kecik-kecik. Dah namanya suka haiwan...jadi singgah la kami ke sini ya.
Beli dulu makanan gajah kat sini. Harga dia RM5.
Nama gajah ni Pian. Bukan Supian ya. Ia adalah seekor gajah betina yang diselamatkan di Myanmar. Namanya sempena nama Myanmar. Panjang lagi namanya. Dibawa ke Malaysia pada tahun 1997. Umurnya ketika ini 52 tahun. Sebaya dengan artis Erra Fazira.
Dania bagi Pian makan. Belalainya ada bulu halus.
Seronok Dania bagi makan gajah ya.
Nak up close and personal dengan gajah pun boleh. Kena bayar RM20. Duit ni akan digunakan untuk gajah-gajah yang diselamatkan di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah. Nampak sangat saya ni jauh-jauh sikit dari Lepar. Lepar ni gajah betina yang dijumpai di kebun kelapa sawit di Felda Lepar, Pahang. Jadi namanya Lepar. Senang kan namakan gajah di kat mana dia dijumpai. Dulu, masa kat Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah tu ada seekor gajah diselamatkan di Sungai Siput. Dia terpisah dari kumpulannya. Namanya diberikan nama Siput.
Belalai Lepar naik la pulak. Lepar ni aktif sikit sebab usianya 15 tahun. Kejap menggoyang-goyangkan badannya. Gajah aktif macam ni saya pula yang panik. Tu yang berdiri jauh je tu. Hehe. Dania ok je.
Lepas tu bergambar pulak dengan Pian. Memang ada penjaga gajah bagi kedua-dua gajah ni. Dania elok je pegang badan Pian ni.

Dua gambar ni diambil oleh staff kat sini.
Lagi gambar.
Video Dania usap-usap badan gajah ni.
Tiga gambar di bawah diambil oleh staff sini.
Berdekatan dengan kandang gajah ada haiwan awet dari Perhilitan. Ada banyak haiwan yang diawet dipamerkan termasuk tupai pinang ni.
Kenapa hidupan liar diperdagangkan secara haram?. Dah tentu sebab utamanya ada permintaan kan...
Kaki gajah pun nak diperdagangkan. Jadi termasuklah dalam perangkap mereka yang mementingkan wang ni.
Barangan yang dihasilkan ni dari gading gajah.
Jika nak ambil bahagian haiwan ni kena bunuh la seekor haiwan. Bukan ambil bahagian anggotanya sahaja. Ada juga la gambar haiwan yang dimasukkan di dalam jaring di mana Perhilitan dapat membanteras penyeludupan tenggiling. Tenggiling ini lazimnya untuk dijadikan makanan eksotik di restoran.
Bagus betul pegawai hidupan liar ni bagi penerangan. Lengkap dan berpengetahuan sungguh la bagi saya. Beliau pemegang Ijazah Sarjana Muda Biologi (Pengkhususan Haiwan) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Apply perkhidmatan kerajaan melalui SPA8. Jadi, laluan Dania boleh juga la jadi Pegawai Hidupan Liar kalau berminat. Kadang kita tak nampak laluannya sehinggalah ada graduan dari ijazah yang seakan sama. Dania bab haiwan liar ni memang dia takut sikit tapi bagi saya interesting juga. Elektif Dania awal-awal lagi dia dah pangkah Wildlife and Recreational Animal. Year 3 ke atas kena ambil elektif jadi few yang Dania plan nak ambik.
Inilah rupa tengkorak harimau.
Harimau ni kena langgar kata pegawai hidupan liar kat sini. Jadi berhati-hati jika ada signboard haiwan liar melintas tu. Kawasan seperti LPT (Lebuhraya Pantai Timur), kawasan menuju ke Serting, Grik.
Ibunya mati kemalangan. Bila buat post mortem di perut, rupanya ada baby harimau. Kuku pun dah terbentuk dah ni.
Fetus harimau bintang kot kat sebelah harimau ni.
Banyak haiwan yang diawet juga kat sini.
Musang - kiri, tenggiling - kanan.
Ni keluarga monyet.
Tapir...
Harimau bintang.
Harimau kumbang.
Ini selalunya orang tahu....harimau.
Kura-kura.
Kucing batu.
Berdekatan dengan haiwan yang diawet ada juga kuda-kuda dari Pusat Ekuestrian Putrajaya. Tempat yang kami makan petang tu kat Ekues Kabin Cafe. Kuda ni entah la kenapa sedih sangat rupanya.
Ada rumah Zombie jugak. Nampak ramai budak sekolah beratur. Boleh dengar ada mesin bunyi ala-ala mesin rumput jugak. Dania kata macam bunyi mesin rumput ayah je....😅
Lepas ni kami akan ke pameran apa?. Update lepas ni....
XOXO,
Ezna








Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.