Terlupa nak tulis post yang ni. Masa tu hubby nak singgah Hero Market dalam Kipmall ni. Jom la kita ke Jalan Jalan Japan.
Dania round la dalam ni tengok apa yang menarik. Kalau dapat yang elok memang berbaloi la. Kena cari betul-betul la kan.
Baju-baju yang dipamerkan. Pilih pilih jangan tak pilih.
Kimono pun ada.
Topi ni rasanya harga di bawah RM20 je. Depan tu deretan kasut-kasut lelaki.
Mainan pun ada.
Datang nak tengok-tengok je jadi memang tak ada pembelian la. Cuci mata pun syok jugak. Mainan Jepun ni seram juga ya sebab ada cerita pasal roh anak dalam patung. Cerita mengenai seorang abang menghadiahkan patung kepada adiknya yang berumur 2 tahun sempena hari jadi. Nama adiknya Okiku.
Patung tu adik dia sayang sangat dan dinamakan Okiku juga (Adiknya Okiku, patung ni pun nama Okiku). Bila adiknya meninggal kerana demam panas, adiknya dilihat memeluk patung Okiku tersebut. Patung Okiku diletakkan di atas altar (tempat mereka melakukan aktiviti sembahyang cara mereka). Kejadian pelik mula berlaku kat rumah tersebut seperti ketukan pintu dan suara yang aneh. Gangguan makin dahsyat pada tarikh hari jadi dan tarikh kematian Okiku. Ada kejadian aneh juga pada patung tersebut di mana rambut patung tersebut makin lama makin memanjang. Bagaikan benda hidup pula. Pertumbuhan rambut patung memanjang juga walaupun setelah rambutnya dipotong. Dikatakan rambut asal patung ini di paras bahu je.
Patung bernama Okiku ni diletakkan di bawah penjagaan sebuah kuil setelah keluarga Okiku ini berpindah ke kawasan lain.
Macam ala ala patung Annabelle pula ya....hishhh seram la.
XOXO,
Ezna
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.