Lepas ajer hubby tengok review Warung Hunter di youtube, maka kami pun bersiap-siap nak ke Salomak Sampodeh yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Mula-mula tak perasan lagi yang kedai ni la yang Mazni makan tu. Bila ternampak perkataan 'Konyang Sampai Telontang' terus teringat ada komen kat post Mazni.
Kedai makan ni terletak tepi sekali.
Ada lukisan di dinding. Cantik lukisan ni.
Apa yang diambil ya?
Ulam pegaga dengan sambal belacan.
Sambal terung.
Ketam masak lemak.
Daging.
Ramai juga yang makan kat sini.
Seleksi ulam-ulaman.
Ada seleksi soto, sup campur kat sini.
Deretan lauk-pauk atas meja. Eh eh tau tau pekerja ni pose for my camera pulak.
Pekerja kiri tu masih tengok kamera saya. Hehe. Kat sini kalau berminat nak makan ikan bakar.
Meriah lauk pauk terhidang atas meja.
Best pulak makan kat Salomak Sampodeh ni. Banyak pilihan dan harga bagi saya berpatutan. Lauk-pauk pun rasanya sedap secukup rasa. Masa bulan Ramadan ada juga buat buffet ramadan kat sini.
XOXO,
Ezna
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.