Hadiah buat kawan sekolah

Hari ahad ni akan diadakan satu majlis kat rumah kawan saya since sekolah rendah. Dia kata sempena nak ramadan, masuk rumah baru, tahlil dan hari jadi. 

Ada beberapa la kawan sekolah saya yang insya Allah akan datang. Jadi saya rasa nak bagi something la kan sempena bulan ramadan yang akan datang ni. Kebanyakkan dah jadi mak mak pun. Nak bagi something yang useful. Apa ya nak bagi?

Akhirnya saya decide nak bagi sponge ni. Bukan sebarang sponge ya....Sponge yang comel sampai hubby saya kata apa ni Spongebob?. Hehe. Sponge ni memang boleh guna untuk basuh pinggan mangkuk ni. Lepas tu didatangkan dengan rak nak keluarkan air dari sponge basah tu. Bawah tu warna perang. 


Tersenget pulak dia. 


Haaa ni lah rupa setelah pasang kaki, tangan, kasut dan tie dia. Memang comel. Boleh letak terjuntai kaki dia kat sinki tu. Bawah tu berlubang la supaya air boleh keluar dari situ. Sponge masukkan dalam bekas tu. 


Boleh la basuh pinggan mangkuk bulan puasa nanti ya. Hehe. Comel pulak tu dia. Kalau tak nak guna boleh buat hiasan je. Beli kat shopee je. Macam-macam la ada kat shopee tu ha. 




XOXO,
Ezna



 

1 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.