Celebrate habis final exam ibu dan anak

Lepas ambik Dania kat Fakulti, kami ke IOI City Mall nak makan.Akhirnya kami pilih makan kat Secret Recipe. 

Hmmm tengah makan-makan ada orang panggil Dania. Rupanya kawan-kawan sekelas 3 orang Qiha, Atul dan Irdi pun makan kat IOI City Mall juga. Nak celebrate sempena habis paper la tu. Ye lah sebelum mereka balik ke destinasi masing-masing. Jumpa balik bila buka semester batu. Tu pun selepas Raya kelas online seminggu. 

Dania pula?....makan dengan ummi la apa lagi. 


Dapat keropok dulu sebelum makanan sampai. 


Kek carrot ni order juga sebab lama tak makan. 


Tom Yum Kung ni masa kecik-kecik saya dah ajar Dania makan. Masa kecik2 Dania mintak noodle ummi ni. Bila Dania dah besar...tak payah mintak. Ummi yang bagi sebab tak lalu nak makan banyak. 


Lepas makan, memang kami balik je. Takdelah berlama-lama kat IOI City Mall tu sebab Dania pun kata mengantuk. Ye lah dah perah idea untuk menjawab soalan 2 paper pulak tu. Memang kena power nap la. 

Balik rumah, saya masak comfort food je. Saya buat sup dia....rencah dia cuma garlic oil je. Lepas tu masuklah udang, fish ball dan daun sup & daun bawang sikit. Perasakan dengan garam sikit. Dah...tu je...


Ada pak choy celur, daun sup & daun bawang, garlic oil dan cili api kicap. Bihun kena la ada. Lepas tu makan la dengan sup tu. 


Dania suka sangat clear soup ni. Boleh buat bertambah ni walau simple macam ni. 


Tu je lah citer 2 beranak ni haaa...


***Hari ni Dania kena daftar subjek untuk semester baru. Memang selalunya daftar awal la tak tangguh-tangguh. 





XOXO,
Ezna


 
 

1 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.