Marilah kita survey motor di Meru, Klang....haaa jauhnya. Nak jadi cerita sebab harganya murah lagi dari motor di Seri Kembangan. Ikutkan 2 motor sebelum ni pun beli kat sini. Bercinta sikit la nak pergi sini sebab jauhnya dari rumah. Nanti kalau jadi beli motor, documents semua dan nak ambik motor kena datang sini.
Ni kami kat tingkat atas. Musykil macam mana bawa naik kat tingkat atas?. Ohhh naik lif rupanya.
Motor hubby dulu tapi lepas tu tukar yang ringan sikit.
Hari tu survey Yamaha Ego kemudian Suzuki Avenis ni pulak. Kat sini ada dua warna iaitu kuning dan hitam.
Ini pula Suzuki Avenis warna hitam. Ada merah sikit la kat bahagian hitam tu. Seat dia lebar sikit dari Yamaha Ego tu. Saya cakap dengan hubby...kalau beli skuter Ena boleh naik. Kalau motor bon bon tonggek tu tak selesa pulak bila duduk belakang. Faham kan?. Tak payah nak elaborate pulak 😅.
Bila compare hitam dan kuning.
Kedai biru ni pun kepunyaan kedai yang sama dengan kuning.
Dulu kedai yang kuning ni je, bila business dah maju dibuka pula kedai cat biru. Ni katanya sibuk nak buka cawangan keempat pula.
Kalau motor berkuasa besar macam ni saya panggil motor bon bon tonggek. 😅
Sesuai la umur dah meningkat cari motor skuter pulak. Bukan nak bawa laju-laju. Sekadar nak pergi surau atau kedai berdekatan atau nak ke tempat kerja.
Tengok la nanti bila motornya dah tiba. Ada rezeki...keluarlah motor skuter ni.
XOXO,
Ezna
tengok gambar first tu ingatkan akak cari motor untuk Dania ke kelas...
BalasPadamTak la Afzan...tu tumpang ambik gambar dengan motor je. Dania ada lesen kereta je.
PadamWahhh..Tahniah sis...Skuter is 1 of our wishlist jgk ni ...Doakan sy pun ada rezeki mcm sis jgk =D
BalasPadamInsya Allah Niza.....one fine day, Niza ada rezeki nak beli skuter juga.
Padamtolong tanyakan Zsuku satu kak hehe...sekarang zaman skuter...mudah dah praktikal
BalasPadamAlamak nama motor ni tak reti la. Kalau suami reti la kot. Hehe
PadamSaya pernah lah dulu, pas pulang kantor order gojek . Ternyata yg datang driver pakai motor besar yg nonggeng itu kak 🤣🤣🤣🤣. Aduuuuuh saya dah malas betul. Tp kasian pula kalau dicancel. Dia pun minta maaf. Katanya dia baru balik kuliah, part time jadi gojek.
BalasPadamTp motor mahal 😂😂. Ya sudahlaaah, saya pegang jaket dia sepanjang jalan 🤣. Dan beberapa kali pula dapat driver dia. Krn memang kampus dia dekat situ 😄
Huihhh motor besar Gojek laju tu Fanny....tapi kakak suka motor biasa aja....Kalau dia break haaa susah. Kalau motor biasa tempat duduknya kan flat. Kalau motor besar tempat duduknya nonggeng. Haha. Pernah naik motor besar dengan suami dan kakak takut....bila nak balik kakak minta naik train. Haha....
Padamalhamdulillah..guna motosikal sangat praktikal
BalasPadamYa sangat praktikal time jalan sesak ni kan....
PadamNasib baik beli skuter, kalau x, jd minah rempit ler akak time weekend.. ronda dgn en suami
BalasPadamSebenarnya saya penakut nak naik motor besar tu....pernah naik....gayat....takut....kalau motor skuter atau kapcai saya berani.
Padammotor skuter ada yg EV jugak kan...kalau yg kaler2 feminin,i like hahahah
BalasPadamTak sabar nak tengok warna apa..SA rasa mesti hitam ni...
BalasPadamtengok gambar yang last tu, macam jadi je motornya.. hihihi...warna kuning tu, dari jauh dah nampak.
BalasPadamPernah bawa skuter jalan2 area kampung, nampak senang tapi bab balancing badan aduii seriau.
BalasPadamkira dah jadi la ni kan lepas banyak kedai dah survey. hihhi
BalasPadamIngatkan sis yang bawak motor 😅 tak pun Dania hehe. Saya rasa ada lesen motor ni satu kemudahan sebab senang nak kemana2 lagi2 bila jalan jem. Insha Allah next year nak hantar Khayla belajar motor dan ambik lesen motor senang la dia boleh bawak adik dia ke sekolah jugak.
BalasPadamhaha motor tonggek tu memang tak selesa sungguh. tmpt duduk penunggang pun kecik benar.. sakit pinggang
BalasPadamSamalah..hb saya pun ada plan nak beli scooter...faktor umur pun iya kot...dia cakap nak beli untuk bawak dekat-dekat jek, macam untuk hantar anak gi sekolah...
BalasPadamComel pulak Kak Ezna panggil motor bon bon tonggek hihi
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.