Dulu-dulu hubby pernah beli la roti baghdad ni kat pasar malam Putrajaya tu. Dah lama tak pergi pasar malam jadi dah tak beli la roti baghdad ni. Tapi bila pergi balik pasar malam kat Putrajaya tu...roti baghdad ni dah tak ada hubby kata. Tak sure la dah pindah ke atau tak berniaga lagi kat situ.
Ni la rupa rotinya ni.
Bahan-bahannya ialah :
1. Kulit popia
2. Roti burger bulat
3. Marjerin
4. Mayonis
5. Daging cincang (saya beli brand Ramly Burger)
6. Bawang putih
7. Bawang holland
8. Garam secukup rasa (sikit je saya taruh)
9. Lada hitam
10. Sos cili (portion sos cili lebihkan dari sos tomato dan sos tiram)
11. Sos tiram
12. Sos tomato
***Nak letak serbuk kari pun boleh tapi saya tak letak.
Tumiskan bawang putih, daging cincang dan bawang holland. Kemudian masukkan lada hitam, sos cili, sos tiram dan sos tomato dan sedikit air. Kacau la sehingga sebati. Last sekali perasakan dengan garam. Ok kemudian letak tepi. Part ni dah siap.
Roti burger tadi belah tengah dan sapukan marjerin dan mayonis kemudian letakkan daging cincang yang kita tumis tadi. Kemudian, saya letak lagi sos cili sikit atasnya. Lepas tu, balutkan roti burger tadi dengan kulit popia. Bagi kemas sebab tak nak inti daging cincang tu terkeluar. Kulit popia tu letak la sedikit air supaya dia tak terbuka kan....
Last sekali, goreng sekejap roti tu. Bila angkat...tekstur luarnya rangup. Ok....dah siap la untuk dihidangkan.
Buat 3 je lepas tu hubby menambah je makan dengan roti burger yang biasa tu lepas tu letak la inti daging cincang tu. Ini idak la saya letak kulit popia kat luar tu. Hubby kata masak macam mana ni inti dia?....sebab katanya rasanya sama macam roti baghdad yang beli kat pasar malam tu. Kembang aihhhh...rasa bahagia pulak ya.
Tapi rupa kulit popia yang balut roti burger ni takde la kemas sangat saya membalutnya....saya makan satu je pun dah kenyang alhamdulilah.
Inti dalamnya daging cincang yang saya tumis. Gambarnya blur la pulak. Dah siap sapu marjerin dan mayonis baru letak intinya. Buat sendiri intinya boleh la letak lebih sikit kan....
Daging cincang yang saya tumis tu ada lebih la jadi Dania scoop ajer nak makan dengan roti baghdad tu. Alhamdulilah. Cubalah try sebab nak buatnya mudah ajer.
XOXO,
Ezna



intinya tu i like sgt!!!
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.