Tahukah anda bahawa Pocketboy rotiboy ni hanya ada di cawangan Alamanda?. Nasib baik Alamanda sebab dekat la dengan rumah kan?. Rupanya tak ada cawangan lain selain di sini. Pulak tu hanya masa yang terhad sahaja.
Dania tahu ajer. Ni kami ke sini lepas habis test Dania. Hari tu nak pergi tapi line beratur sampai ke luar. Panjang sangat. Pergi hari biasa ni kurang orang. Dania beratur No. 2 ni ha. Saya pula mencari meja untuk kami makan.
Ni lah pocketboy ni. Ice Cream yang diletak kat tengah-tengah rotiboy. Macam orang jual ice cream dalam roti tu lah. Beli 2. Ada ice cream cone sahaja dan ada ice cream dalam rotiboy. Perisa ada vanilla dan coklat atau campuran vanilla dan coklat. Saya dan Dania memilih vanilla.
Senang nak makan sebab diletakkan di dalam kotak macam ni. Sedap juga ice cream vanilla ni. Tak rasa manis sangat tapi ada rasa creamy.
Dah makan dah Dania pocketboy ni ya. Selagi tak makan memang disebutnya.
Boleh nampak kedai Rotiboy ni lengang je. Hari tu sampai keluar orang beratur. Ni saya ke atas kejap nak beli air mineral kat FamilyMart atas ni.
Ada yang dah cuba Pocketboy?.
XOXO,
Ezna





wahhh menarik ni ezz. kalau i ter singgah area alamanda, boleh try ni
BalasPadamOh gini rupanya. Sy ingat macam aiskrim roti tu. Tapi sedaplah kan, sbb roti tu pun dah sedap dah, tambah pulak aiskrim dlm dia, yummy 😋
BalasPadamoh nilah yg tengah viral tu kan? nanti next time pergi alamanda kena carilah
BalasPadamBenda viral ni mesti ramai beratur.
BalasPadamSedaplah ya ice cream sejuk... roti panas.
Baru je tadi cakap pasal Rotiboy ni. Hehe.. suka bau je bila lalu kedai roti.
BalasPadamPuas hati la dah Dania dapat makan dah.
BalasPadamWahhh..Nasib che mek tak tahu..Kalau tidak mau dia pun mintak jgk ni =D
BalasPadamSedangkan di Malaysia pocketboy ini hanya ada dj Alamanda, saya jdi tak yakin di roti boy Indonesia ada 🤣🤣🤣.
BalasPadamPadahal teringiiin lah. Kenapa dia tak buat di semua cabang roti boy ya
Unik nampak..segar ja masuk tekak..
BalasPadamRotiboy pon dh mmg sedap apalagi kalau letak aiskrim. Nyummss
BalasPadamSedapnya Kak Ezna..dahlah memang suka betul dengan Mexican Bun by Rotiboy nih...
BalasPadamSebelum ni ada di KLCC, tapi elok saya tukar department baru nih dah tutup pulak dia...kalau tak boleh rasa jugak..nak cari tempat lain jauhhh....
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.