Nasi lemak cinta sayang keluarga Ezwan Zain

Dah lama dah kami tak makan kat sini. Lepas makan durian tu, hubby tanya nak makan kat mana?. Saya cakap Nasi lemak cinta sayang. Dania pun sebelum ni ada sebut jugak nak makan kat sini sebab dah lama tak makan kan?....

Nasi lemak cinta sayang ni kami tak tahu pun kepunyaan keluarga Ezwan Zain iaitu suami kepada Erra Fazira. Tahu pun sebab Erra kahwin dengan Ezwan ni. 


Bila dah lama tak makan kat sini, nampaklah perubahan kedainya. Luarnya ala ala rumah lama orang Melayu. Nampak klasik sangat. 


Lauk pauk yang dihidang. Nasi dia boleh pilih nak nasi lemak biasa atau nasi lemak basmati. Kami bertiga memilih nasi lemak basmati. 


Ternampak sambal tumis ikan bilis ni. 


Tulisan jawi 'nasi lemak cinta sayang'. Ada hiasan klasik nyiru kat dinding. 


Meja dan kerusi masih mengekalkan meja dan kerusi dulu. 


Sambal tumis ikan bilis petai. Bila makan, saya rasa tak kena sangat dengan tekak tapi boleh la makan. Rasa ni subjektif kan? Mungkin ada yang kata sedap. 


Nasi lemak basmati. Rasa nasi lemak basmati ni sedap. Secukup rasa. 


Hubby pilih nasi lemak telur mata. 


Dania pilih nasi lemak rendang kerang. Ikutkan Dania nak sambal kerang tapi tak ada. Banyak jugak portion rendang kerang ni. Rendang kerang ni walaupun bukan la pilihan Dania tapi rasanya sedap. Hubby pun kata sedap. 


Nasi lemak cinta sayang ni sebelah je dengan Kueh tu kat Seksyen 13, Shah Alam. Saya suka pergi sini sebab masjid pun seberang jalan je. Nak jalan kaki tu susah juga la sebab jalan tu banyak kereta tapi kami singgah la solat maghrib dulu naik kereta seberang jalan tu. Nama masjid....Masjid Al Ikhlas, Seksyen 13 tu memang selesa la. Wangi baunya. 

Jadi, bila nak ke nasi lemak cinta sayang, walaupun nampak dari masjid ni je...kita kena pusing la nak ke situ. 

Ada yang pernah rasa nasi lemak kat sini?




XOXO,
Ezna














 

14 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. pernah mkn juga tp opismate order makan kt opis..bkn mkn kt restoran

    BalasPadam
  2. Mmg family Mr E ni business makananlah ye...
    Suka tulisan jawi dan hiasan nyiru tu. Nampak klasik

    BalasPadam
  3. Kak, sambalnya pedas tak? Buat saya yg penting sambalnya pedas 😄. Kalau sambalnya manis kayak wanjo, saya tak suka.

    BalasPadam
  4. i lom pernah lagi singgah sini...may be in the future lah esp sbb nak gi Kueh tu

    BalasPadam
  5. Wahhh..Sedap2 nmpk menunya...Sy x pernah kesini lg..Jauh jgk dr rumah...Nnt gi blk lapar =)

    BalasPadam
  6. Menarik..tapi SA x pernah makan kat sini...kena cuba nanti ni..

    BalasPadam
  7. Saya dapat melihat paparan di blog ja ni ya, istemewa sekali ..alhamdulillah masyarakat yang dekat boleh datang suport orang melayu ..bagi lah semangatkan datang makan ..orang kita ...

    BalasPadam
  8. Kueh tu pun baru tau masa dorg bercinta. Menarik konsep kedai nasi lemak tu.

    BalasPadam
  9. Suami Erra Fazirah punya restorant kan..meriahnya ..

    BalasPadam
  10. bila mr E kahwin dengan era sy pun baru tahu dia ada restoran lain selain Kueh... tak pernah try lg makan kat sini... insya allah 1 hari nanti kot...

    BalasPadam
  11. Both pun tak pernah sampai, tapi memang nak sangat pergi lepas ramai bagi view bagus.

    BalasPadam
  12. Few times lalu tapi tak pernah lah nak singgah sebab jarang nak makan nasi lemak selain waktu pagi.. next time nak try juga lah. Resto sebelah-sebelah je milik family.

    BalasPadam
  13. Dah pernah sampai kat KUEH cawangan Subang Jaya je. Nasi Lemak Cinta Sayang tak pernah juga lagi walaupun pernah kerja area situ dulu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.