Mofusand all the way dari Jepun



Adik kata nak pos je barang yang Dania kirim masa adik saya ke Jepun....on the way nak ke rumah adik, kami singgah solat dulu kat Masjid Mujahideen di Damansara Utama. Tempat saya bernikah dulu. Kemudian barulah ke rumah adik. Taraaaaa...ini yang menjadi pilihan Dania masa adik saya whatsapp dari Jepun tu. Adik saya kata beli kat pop up store masa hari free and easy. Dia suruh Dania pilih 2 Mofusand. 

Satu Mofusand pakai costume jaws, satu lagi Mofusand pakai costume Pekkle iaitu watak itik dalam Sanrio. Gang kartun Hello Kitty tu la. 

Saya dapatlah fridge magnet kartun budak pakai kimono. Dah siap letak kat fridge. 


Alaaaa comelnya awak. Kecik sikit Mofusand ni berbanding yang pakai costume Jaws. 


Mofusand ni gebooo sikit pakai costume Jaws. Dania kata sedap picit. 


Dapat free Sticky Notes Mofusand. Dan....adik saya kata nak bagi je kat Dania. Saya tak payah bayar pun. Itu pun hari tu adik saya tanya ada nak apa-apa lagi ke kat sini?. Kakak dia tak suka ambik kesempatan jadi kata tak ada je lah. Bagus kakak ni. Hehe. 


Bila letak kat beg...penuh....😅


Makanan iringan....peach strudel. Sedap la pulak. 


Ada cream horn pelbagai perisa. Thanks adik....Dania kata kalau dah habis dan teringin....boleh cari kat IOI City Mall ada kedai ni. 


Kakak dia dah tapau siap-siap buttercake. 


Pistachio ni pun tapau jugak untuk adik saya. 


Moga murah rezeki adik saya ni ya....kirim barang pun tak payah bayar. Dia kata Onitsuka Tiger kat Jepun murah beberapa ratus juga berbanding Malaysia. Lepas tu menyesal tak beli. 😅. Seronok travel ke Jepun. Senang naik train....lepas tu kalau ada peluang nak ke Jepun lagi. Lepas tu ajak saya ke London pulak. Udah...kakaknya memang teringin juga nak ke sana. Kalau ada rezeki....sampailah...kena sebut-sebut juga sebab itu pun doa juga kan?. 




XOXO,
Ezna

3 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. strudle tu sedapnya... terus rasa nak pi cari la hari ni

    BalasPadam
  2. i doakan agar u dpt travel to london soon. aamiin...cute sungguh brgn mofusand ni!! jauh tu all the way dari jepun!

    BalasPadam
  3. Aduhai...Comey betul..Geram je tgk..=D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.