Hubby saje ajak minum petang. Teringin nak minum cendol tapi kat food court Presint 9, Putrajaya sini cendol dah habis pulak. Order air yang ada sahaja la.

Berdekatan sini ada gerai jual buah-buahan dan durian paling banyak permintaan ni. Harganya dah menurun kan.
Musang King gred 3A ni paling mahal dalam range Musang King sini. Beli buah ni sebiji.
D24 pun ada juga.
Pulasan, cempedak, limau...
Cempedak madu ni tak besar mana pun. Dapat rasa cempedak ni. Manis juga.
Close up cempedak madu. Akhirnya beli juga sebiji sebab nak buat cempedak goreng.
Isi durian Musang King gred 3A. Sedap walaupun saya kurang suka sebab ada rasa pahit after taste tu.
Cempedak yang digoreng. Sedap juga rasanya sebab manis.
Meriah betul durian sekarang ni.
XOXO,
Ezna


Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.