Lepas ambik Mofusand dari adik tu, kami ke Taman Tun untuk solat mahrib kat Masjid At Taqwa. Kami tak stay sampai ceramah. Dekat luar, Dania cakap ummi macam nampak la abang Faris yang sulung dan ayah Faris. Dania kalau cakap pasal keluarga Aunty Naterah ni dia akan cakap keluarga mereka ni semua ummi Faris, kakak Faris...bukan nama Aunty atau kakak yang sebenar. Mesti ada Faris....Faris ni kawan Dania masa sekolah rendah. Keluarga Faris ni ada kami pergi kenduri kahwin abang Faris ni kat sini (Muka Faris ada dalam link tu).
Masa Dania nampak tu tak terfikir la saya nak call kawan saya. Saya whatsapp je. Memang dah lama tak jumpa kawan saya ni lepas kenduri kahwin anaknya tu. Dulu memang baik sangat dengan Naterah ni sebab selalu je bagi Dania makanan yang kawan saya ni bake macam lasagna, shepherd pie....lepas tu cakap bagi kat Dania ya. Umminya Dania takde share pulak ya. 😅. Tak lama tu kawan saya balas whatsapp kata memang mereka solat maghrib kat masjid situ. Larrrr.....memang dia ada dalam kereta tu. Yang bawak tu Nawrah (kakak Faris). Ya abang Faris dan Ayah Faris yang Dania nampak pun ada. Kakak ipar Faris pun ada. Faris tak ada kata kawan saya. Mata Dania ni memang cerah betul la. Cepat kenal orang walaupun abang Faris yang sulung ni dia jumpa sekali je. Ada abang Faris No. 2 kami jumpa kat Sogo....Dania cakap tu abang Faris walaupun tengok gambar je. Memang betul tu abangnya....saya pergi tegur. Ni memang kelebihan Dania...tak tahu macam mana cara dia kenal orang.
Barulah sampai ke cerita kami makan ni. Ni kami makan kat Rasta. Saya suka kat sini sebab ada banyak kedai boleh pilih. Ala-ala food court yang besar.
Nak makan apa ya?.
Dania pilih kat sini.
Kat sini kami pilih sate tulang dan bakso.
Kat sini ada screen besar. Ada perlawanan bola diantara Manchester United dan Manchester City. Bila time bersorak, kita join sekali la. Hehe.
Ada jualan jugak kat tengah-tengah ni.
Kuetiau goreng hubby ni. Saya rasa kicapnya terlebih tapi rasanya sedap jugak. Makan pula dengan cili jeruk.
Bakso ni pilihan saya.
Sate tulang ni sedap tapi pelan-pelan makan ya sebab ada tulang juga kat sate ni.
Mi sedap dengan ayam crispy dan kuah buttermilk.
Kat sini memang banyak pilihan tapi kalau nak yang tenang-tenang je tak boleh la makan kat sini sebab ada screen besar yang selalu buat tayangan perlawanan bolasepak. Takut takut nanti tengah makan....gollllll..memang ya...masa kami makan sebiji bola masuk gawang musuh. Tapi....akhirnya offside. Markah kosong diberikan. Bola masuk gawang tak dikira....😅
XOXO,
Ezna




Tmpt klau banyak plihan mmg seronok.. rambang mata nak pilih apa huhu.. bila semua dah dpt makanan .. boleh cuit cuit semua makanan hahahaa..
BalasPadammakan kat food court ni ada banyak pilihan makanan... sampai tak tahu nak makan apa... nampak sedap la keuy teaw goreng tu
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.