Makan dulu sebelum ke Mitsui Outlet

Mulanya hubby bawa kami ke tempat makan yang kawan-kawan office bawa sebelum ni di Sepang. Bila tiba....ramainya kat kedai tu dengan orang berdiri nak cari meja lagi. Tak jadilah makan kat sini. Akhirnya kami ke Cafe Kayu, Dengkil. Tak jauh pun dari tempat makan pertama tu. 

Dania dan saya ambik Jeli Kelapa. 


Hubby order daging salai masak lemak. 


Dania makan nasi ayam goreng dengan kuah kari. Mulanya nak makan nasi ayam tapi nasi ayam dah habis. 


Saya pula lauk ikan jenahak masak asam pedas. 


Semua lauk pauk atas meja. Minuman tak tiba lagi. 


Dari kiri teh tarik, asam boi special dan air tembikai. 


Lepas tu kami ke Mitsui Outlet. Ni masa masuk Dockers. Hubby nak beli seluar kerja kat sini. Dah lama tak beli. 


Kat Dockers ni ada bahagian clearance dan harga seluarnya murah la berbanding yang lain. Saiz seluar hanya ada kat situ je la. 


Saya ada ambik saiz yang hubby nak kat sini. Ambik 2 saiz untuk cuba kat fitting room. Lepas tu saiz yang selesa tu tersilap letak kat sini balik. Bila cari tak jumpa. Cepat je ya kena sambar orang. 

Nak jadi cerita, bila nak bayar staff Dockers bagi saiz hubby yang selesa tu sebab ada orang tak ngam dengan saiz tu. Hubby dapat balik saiz tu. Nak dikatakan rezeki kan....walaupun pada mulanya dapat kat orang lain tapi disebabkan rezeki dapat kat kita balik. Ada promosi beli buy 2 free 1 atau buy 1 free 1. Promosi tu memang best cuma yang tak bestnya saiz tu susah juga nak dapat. Saiz kecik tu ada, saiz besar tu ada tapi saiz tengah-tengah atau sederhana tu yang limited. 

Harga kat sini tak murah juga bagi saya tetapi kain dia tu tahan. Hubby pakai sebelum ni dah 6 tahun dah usia seluar tu tapi masih tahan. Saya suruh je hubby ambik 3 sebab buy 2 free 1 kan. Kalau tak... nak kena tengok sana sini lagi....saya dah letih. Haha....ye la hubby cerewet sikit la bab ni. Masa terpisah kejap ni elok je saya beli something. Kejap je carinya....hubby masih nak berkira-kira nak beli apa 😝


Lepas tu kami terpisah kejap. Hubby nak pergi tengok kasut Camel pulak. Saya dan Dania ke Vans ni. Cantiknya kasut ni ada design bunga2 tapi....ada saiz besar je....saiz 9 ke atas. Saiz bawah sikit tak ada. Harga kasut ni RM100++. Kalau tidak mau RM300++ selalunya. Saya try kasut ni pun besar dengan kaki saya. 


Kalau kat Mitsui Outlet ni harganya kadang murah dari retail tapi tu lah saiz pulak tak ngam. 


Kat bahagian tengah pun ada jual kasut harga rendah. Hubby masuk tapi tak ada yang berkenan. Saya tengok kat luar je ada satu kasut pink...cantik la bagi saya. Hubby kata nak ke?. Kalau saya kata nak je dapat la kan tapi...tak terasa nak beli. 

Dania pulak masuk New Balance dan dia kata ada kasut yang dibalut plastik sebab kasut kulit babi. Kat New Balance, Mitsui Outlet ni ada kasut kulit babi. Kalau kat retail biasanya tak ada. Dania kata ada jugak plastik yang dah terkoyak tapi mungkin staff tak perasan. Sepatutnya kena la elok-elok letak plastik balik kan. Jadi hati-hati la kalau ke New Balance, Mitsui Outlet ni. Kena hati-hati dengan kasut yang mereka letak plastik. 




XOXO,
Ezna


Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.