Lauk tengahari hari minggu

Sambal tumis udang dengan petai. Kebetulan ada petai 3 papan yang hubby beli jadi...masakan yang ngam kita buat la ni. Petai ni saya suka belah dua sebab kat tengah tu kadang-kadang ada ulat jadi bila belah tengah tu senang nak buang yang buruk. Boleh terjerit kalau ternampak ulat. Hehe. 


Sebelum masukkan petai, kena asingkan lauk Dania dulu. Dania tak makan petai. Bila dah asingkan barulah senang hati masukkan petai pulak. 


Ikan goreng. 


Pucuk paku tumis. 


Lauk sambal sotong ada lebih masa makan nasi lemak waktu breakfast jadi buat lauk la masa makan tengahari. Tak banyak pun sotong yang tinggal. 


Tema hari ni makanan laut la. Saya suka sangat masakan laut dan masakan bersambal ni. 

Masak apa hari ni?. 




XOXO,
Ezna



 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.