Hasil Laut Jamilah | Shopee

Stok ikan bilis dah habis dah ni. Nak kena top up la ikan bilisnya. Selalunya saya akan beli di Hasil Laut Jamilah di Shopee. Pilihan saya ikan bilis mata biru dan seharusnya siap kopek la kan. Saya ingat lagi saya beli ni pun hari sabtu jam 12 tengahari. 

Credit : Shopee Hasil Laut Jamilah

Tengok-tengok hari ahad baru-baru ni ada orang hantar parcel. Dania kata alamatnya Perak. Memang ikan bilis saya ni dah tiba la. Cepat juga ya. Order hari sebelumnya dah tiba. Tiba hari ahad pulak tu. Mungkin ikut kawasan ke atau semua kawasan pun saya tak sure. 


Ni dia stok ikan bilis saya yang beratnya 250g. 


Barang kat shopee ni ahad pun dia jalan ya....ikan bilis pula kalau silap beli kadang bila masak dia liat la...saya tak suka pulak makan yang gitu. Ikan bilis mata biru ni rangup kalau digoreng. 

Siapa suka makan ikan bilis kita gang. Dania suka sangat sambal tumis ikan bilis tapi without petai la obviously. Saya pula sebaliknya. 




XOXO,
Ezna





 

16 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. sy mmg suka ikan bilis x kira laa.apa.pun masakannya. janji x de petai😁

    BalasPadam
  2. i suka ikan bilis!! biasanya buat sambal tumis ikan bilis ajer!

    BalasPadam
  3. Rasanya setiap dapur ada stok ikan bilis.

    BalasPadam
  4. goreng garing2 letak bawang..pun sedappp
    MA pun kalau beli mesti yg dah siap kopek semua

    BalasPadam
  5. adik ana si aiman pun sama peminat ikan bilis gorenggg rangupppp juga. kalau yg lemau tu dia xnak hehehe

    BalasPadam
  6. Linda suka yang belum kopek..sebab saja² nak mengopek ikan bilis..hihihi

    BalasPadam
  7. ikan bilis yang sedap memang jadi buruan. kalau makan nasi lemak dapat bilis liat memang tak syok

    BalasPadam
  8. Jamilah nama arwah mak sy ni sis..Knp sy x tau arwah mak ade bisnes ikan bilis dkt perak sana?Hahaha

    BalasPadam
  9. Uncle makan bilis ni macam makan keropok! Krup krup!

    BalasPadam
  10. Saya sekedar bisa makan, tp bukan favorit sangat. Asal dimasak sambal, saya pasti suka. Cuma kalau lauk lain, agak kureeeeng sikit 😅

    BalasPadam
  11. Sy pun beli ikan bilis kopek... lepas tu saiz kena kecik sikit sbb yg jenis besar tu yg liat... tips nk goreng ikan bilis rangup, letak sikit cuka makan masa menggoreng, insya Allah rangup

    BalasPadam
  12. Bilis mata biru memang sedap.
    Si Angah sama la dgn Kak Dania suka sambal bilis tapi tak nak petai.

    BalasPadam
  13. Bilis mata biru ni memang ramai yang suka. Cepat betul penghantarannya

    BalasPadam
  14. Senang beli kat shopee... tunggu je barang sampai.

    BalasPadam
  15. ikan bilis mata biru selalunya harga mahal sikit. tapi memang sedap

    BalasPadam
  16. Saya pun beli stok ikan bilis kat Shoppe Kak Ezna...senang kan...pastu berkualiti...
    Saya suka Ikan Bilis Sambal Kak Ezna..kalau ikan bilis goreng gitu je tak barapa nak heran hihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.