Dania makan durian akhirnya....

Hubby tahu tentang Rizky Durian ni pun dari kawan yang memang tinggal sekitar Taman Medan. Kami pun  pergi la ke sini tapi turun kereta dulu dengan Dania. Ayah dia cari parking dulu.


Macam-macam jenis durian pun ada.


Pakcik ni nampak macam berpengalaman la. Diambil durian diketuk dulu. Isinya dibelah. Cantik isi dalamnya. Rasanya macam mana?. 


Hubby ambil sebiji durian Musang King dan sebiji durian Blackthorn. 


Udang merah. Saya pernah rasa isi udang merah ni dan saya suka.  


5 biji kat bahagian sini berharga RM100. Durian dia tak besar sangat. 


Sambil-sambil hubby tengah bayar tu kita ambil la gambar durian ni. 


Masa kami pergi tu ramai juga orang tapi masa beratur nak bayar tu tak tunggu lama pun. 


Pendek kata nak durian jenis apa?


Dania dah booked meja dah jadi terus la ke meja Dania. 2 biji durian ni berharga RM87. Saiznya sederhana. 


Ni pertama kali saya mencuba Blackthorn. Warnanya nak ke warna orange. Kulit durian yang kosong tu nak buat tempat minum air. 

Rasa blackthorn ni dia berkrim dan manis. Saya sukalah rasa dia. 


Berbanding Blackthorn, Musang King ni berwarna kuning. Rasanya tak berkrim la macam Blackthorn tu tapi last sekali ada rasa pahit. Saya kurang suka rasanya yang pahit tu tapi boleh je makan. 


Dania buat pertama kalinya makan durian dan kelakar juga tengok muka masa makan tu. 😅. Macam nak menangis pun ada. Lepas tu rasa sikit-sikit....lama-lama ok. Dua ulas Dania makan dan macam serba-salah nak ambik ke yang ketiga?. Akhirnya tak ambik pun sebab macam rasa kenyang dengan 2 ulas durian. Dania kata dia lebih suka tekstur durian Musang King sebab Blackthorn tu tekstur dia berkrim sangat. Takpelah kan...ni pun dah satu pencapaian dah ni...makan durian. 


Kenapa nak kena minum dari pangsa durian ni?. Orang yang ada dusun cakap petua untuk kurangkan panas badan. Masukkan air dalam pangsa durian tu kemudian minumlah. Hati-hati la dengan duri durian tu. 


Tengah menikmati durian. Alhamdulilah. Bawah ni mirror image ya jadi pegang durian macam tangan kiri tapi sebenarnya tangan kanan. 


Kat tempat kami parking kereta tu bertentang pula dengan kedai cendol Rizky Durian ni. 


Rizky Durian yang kami pergi ni terletak di :

Jalan PJS 5/30, Taman Medan, 46150 Petaling Jaya, Selangor. 

Bagi saya harga kat sini oklah....kami beli tu pun durian kategori mahal tapi kat sini harganya berpatutan. Ke murah sebab lambakan durian di pasaran ya?. Kalau nak mencuba durian yang mahal ni masa ni lah. Kalau tak, harganya terlalu mahal memang kami tak beli la....




XOXO,
Ezna

18 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. nmpk muka kelat dania tu hehe...okla dania dh bole makan durian....tisya dlu kecik2 alergik..lps makan durian die gatal2 bdn....nasibaik dh besar ok....kita bkn peminat durian tp kalo mkn ngan pulut janji isi durian kuning bole makan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ya rupa orang baru makan durian. Hehe. Akhirnya makan jugak walaupun 2 ulas. Ohhhh Tisya alergik dengan durian ya....at least boleh la makan durian jugak Amy. Dania dia tak makan apa2 yang berkaitan dengan durian.

      Padam
  2. i suka durian! season latest ni lom mkn lagi ;) dania tak suka durian yer...my boys mkn jer durian tp tak beria sgt, setakat dua ulas seorng tu boleh ajer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dania memang tak makan durian dari kecik. Dia boleh tunggu je kat tempat makan durian tengok orang makan. Hehehe. Kali ni berani nak try.

      Padam
  3. Yang pahit2 tu Cie suka. Masa kecik mak selalu suruh minum air dari pangsa durian tu taknak panas badan. Dah besar ni tak pernah buat pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Cie suka durian pahit ya....akak prefer yang tak pahit tapi boleh je makan kalau depan mata tu.

      Padam
  4. Nampak buahnya segar, buah baru. Tengok pada warna tangkai tu, masih putih dan tangkai tak kecut. Berbaloi sangat ni...
    Sedap tak durian Dania? Tak nak, bagi acik :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha....payah dia nak menyuap durian kali pertama. Rugi pulak tak buat video. Berbaloi PH sebab harganya turun dan pernah je jumpa jenis durian ni tapi harganya mahal.

      Padam
  5. ehehe kelakar muka dania tp ok lah tu achieement unlocked! next time dania dah blh aim feveret durian dia kan ehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang muka camtu sebab dia cuak sangat....dah rasa ok je.....hehe...jenuh la nak ajar makan durian.

      Padam
  6. Sana durian murah sebab tertumpu di KL Selangor kan. Kuantan ni tak lah murah sangat hubby kata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Durian kat sini pun datang dari dusun pahang dan johor katanya Mulan.

      Padam
  7. Rugi kalau tak suka durian... Arwah atuk Cuya ada tanam pokok durian dekat atas rumah Cuya ni tapi banyak pokok dah rosak.
    Kalau ada durian pon rezeki monyet

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke?. Dulu durian ni macam tak sefamous zaman sekarang ni. Permintaan tinggi tu yang harganya mahal tapi kali ni harganya ada penurunan. Baru tahu monyet terer jugak kopek durian ya Cuya?.

      Padam
  8. Balasan
    1. Dah makan dah UG. Tapi muka macam nak menangis. Hehe....

      Padam
  9. Oh jadi selama ini Dania tak suka kak? Uwaaah ada kemajuan, skr jadi suka 😄🤭.

    Ini sama macam Fylly, pas kecil tak suka dia. Baru cium baunya saja dah nak muntah. Tapi jujur saya happy dia tak suka. Berkurang 1 saingan saya makan durian 😂😂😂.

    Tapiiii ntah kenapa, dah besar, dia jadi suka pula 🤣🤣🤣. Jadilah kami sekeluarga hantu durian 😄🤭.

    Muraaah yg kakak byr nih. Saya makan blackthorn di Penang, rm200 kena 🤣🤣🤣. Besar memang. Tapi ikhlas sajalah, 🤣 memang sedaap.

    Kalau di JKT blackthorne harganya Rp1 juta 😂. Mereka bilang mahal biaya kirim dari Malaysia 😄. Memang tak akan saya beli. Saya lebih rela beli tiket pesawat ke Penang lalu makan blackthorn di sana 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha....bila fylly dah pandai makan, silap2 nanti Fylly makan banyak dari Fanny ya. Mahal juga durian yang Fanny makan. Mungkin durian tu berat. Durian ni tak besar sangat. Wow harga Blackthorn di Indonesia.....mahal juga ya....

      Padam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.