Bila teringin nak makan ikan patin

Dulu kan masa Dania bersekolah menengah....selalu la juga singgah Johan Patin Temerloh kat Bangi ni. Nama lama dia Temerloh Catering.  Kat sini kan hidangan yang akan saya repeat ialah dah tentulah ikan patin masak tempoyaknya. Bila dah selalu datangnya tu...saya dan Dania dapat special tau. Specialnya kami akan dapat buah sepinggan. Tak kiralah buah apa.  Kadang dapat buah mangga manis dari pokok rumahnya dan kadang dapat buah siap ada serbuk asam lagi. 

Pernah jugaklah ada orang sebelah kami tanya....buah ni beli kat mana?. Saya kata saya dapat. Nampak nau la selalu saya datang sini dengan Dania kan. Kalau tak selalu....tak adalah dapat something special ni. Bila saya datang dan tak dapat pula buah...owner akan serba salah....sebenarnya saya tak kisah pun kalau tak dapat pun kan...bukan wajib pun. Tapi tu lah...bila kita dah selalu memberi, bila kita tak dapat memberi tu rasa lain kan?. Kadang rasa segan...bila makan tu...meja kami je ada buah. Meja sekeliling tak ada....macam special pulak rasanya kan? 

Kat bawah ni saya makan ikan patin bahagian ekor. Sedaplah bahagian ekor ni. Isi dia pun banyak jugak. Ada ulam-ulaman dengan tempoyak. Dalam bekas plastik tu ada ikan pekasam. Makan macam ni pun bagi saya cukup berselera. Kali ni dah tak dapat dah sepinggan buah. Hehe....kami tak selalu pun berkunjung ke sini. Banyak masak je. 😅. Dania suka juga ikan patin ni dengan kuahnya. Dulu, masa Dania tak makan durian ni...kuah ikan patin ni dia suka je walaupun dalam kuah ni ada tempoyak kan. 


Ada yang suka makan ikan patin?. Ada juga yang tak suka ikan patin ni....ikut orang la kan...saya ke sini ni sebab ternampak kat facebook...kawan saya pergi makan dengan ibunya kat sini. Udahlah saya teringin. 





XOXO,
Ezna

 

11 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Sy suka ikan patin. Tapi selalunya beli yg dah siap masak la. Pernah masak sendiri tapi rasa lumpur :(

    BalasPadam
  2. Saya suka juga ikan patin masak tempoyak. Dah lama tak makan. Baik tuan kedai, bagi buah percuma.

    BalasPadam
  3. Cie anak Pahang walaupun lahir di KL. Memang makanan kami la patin tu. Hihi.

    BalasPadam
  4. Saya sukaaa 😍😍. Dimasak apapun sedaaap. Masak tempoyak juga sesuai dengan selera saya kak. Biasanya kalau disini ikan patin dimasak dalam bambu. Rasanya gurih pedas

    BalasPadam
  5. regular customer tu dpt special buah....kita bkn la peminat patin tp bole la makan

    BalasPadam
  6. Disebabkan sy x mkn tempoyak so x teringin, tp sy suka tgk patin masak tempoyak, pekat je kuahnya.. kalau org sarawak ramai yg x mkn ikan patin

    BalasPadam
  7. saya suka ikan patin tapi kena masak lemak cili api tanpa tempoyak or masak asam pedas!

    BalasPadam
  8. MA suka....baru2 ni masa hantar Ian dpt makan, alhamdulilah..sedappp

    BalasPadam
  9. Sedapnya Ikan Patin Tempoyak...saya suka, tapi hb saya tak suka pulak sebab dia tak boleh nak makan..so pandang jelah orang lain makan..amik feel je sudah hihihih...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.