Bila teringin nak makan ikan patin

Dulu kan masa Dania bersekolah menengah....selalu la juga singgah Johan Patin Temerloh kat Bangi ni. Nama lama dia Temerloh Catering.  Kat sini kan hidangan yang akan saya repeat ialah dah tentulah ikan patin masak tempoyaknya. Bila dah selalu datangnya tu...saya dan Dania dapat special tau. Specialnya kami akan dapat buah sepinggan. Tak kiralah buah apa.  Kadang dapat buah mangga manis dari pokok rumahnya dan kadang dapat buah siap ada serbuk asam lagi. 

Pernah jugaklah ada orang sebelah kami tanya....buah ni beli kat mana?. Saya kata saya dapat. Nampak nau la selalu saya datang sini dengan Dania kan. Kalau tak selalu....tak adalah dapat something special ni. Bila saya datang dan tak dapat pula buah...owner akan serba salah....sebenarnya saya tak kisah pun kalau tak dapat pun kan...bukan wajib pun. Tapi tu lah...bila kita dah selalu memberi, bila kita tak dapat memberi tu rasa lain kan?. Kadang rasa segan...bila makan tu...meja kami je ada buah. Meja sekeliling tak ada....macam special pulak rasanya kan? 

Kat bawah ni saya makan ikan patin bahagian ekor. Sedaplah bahagian ekor ni. Isi dia pun banyak jugak. Ada ulam-ulaman dengan tempoyak. Dalam bekas plastik tu ada ikan pekasam. Makan macam ni pun bagi saya cukup berselera. Kali ni dah tak dapat dah sepinggan buah. Hehe....kami tak selalu pun berkunjung ke sini. Banyak masak je. 😅. Dania suka juga ikan patin ni dengan kuahnya. Dulu, masa Dania tak makan durian ni...kuah ikan patin ni dia suka je walaupun dalam kuah ni ada tempoyak kan. 


Ada yang suka makan ikan patin?. Ada juga yang tak suka ikan patin ni....ikut orang la kan...saya ke sini ni sebab ternampak kat facebook...kawan saya pergi makan dengan ibunya kat sini. Udahlah saya teringin. 





XOXO,
Ezna

 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.